Bapa tular bawa anak pakai mesin pernafasan naik motor. Sekali kantoi pekerjaan sebenar beliau..

“Saya berdoa mahu anak lelaki dan Allah SWT makbulkan, cuma dia (anak) tidak sihat, namun saya reda,” kata Mohd Azlan Ishak.

Mohd Azlan, 35, diuji selepas anaknya, Mohd Aariz Zafran yang kini berumur 11 bulan, disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik yang menyebabkannya bergantung dengan alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP).

Selain itu, Mohd Aariz Zafran juga berdepan masalah lip tie atau membran di bawah bibir dan gusi berhampiran gigi depan yang menyekat pergerakan bibir selain gerd.

Kisah Mohd Azlan yang menetap di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah di sini, mendapat perhatian selepas tular gambarnya menunggang motosikal dengan membonceng Mohd Aariz Zafran dan isteri, Norhidayu Halim, 34.

Menurut Mohd Azlan, gambar itu dirakam individu tidak dikenali pada Ahad lalu, ketika dia dalam perjalanan dari rumah untuk membawa anak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bagi mengambil bekalan ubat anaknya yang kehabisan.

VIDEO KEJADIAN:

“Memang tak fikir apa waktu tunggang motosikal kerana hanya fokus mahu sampai ke hospital. Pagi semalam (kelmarin), rakan maklumkan yang gambar berkenaan tular.

“Saya terharu dan bersyukur kerana selepas gambar itu tular, ada beberapa individu hubungi dan maklum mahu menghulurkan sumbangan.

“Sebahagian sumbangan yang kami terima saya guna untuk beli keperluan anak seperti susu serta lampin pakai buang.

“Terima kasih kepada semua atas bantuan serta doa,” katanya.

Menurutnya, sumbangan dihulurkan meringankan beban yang hanya mengambil upah sebagai penolak bakul ikan.

“Kalau ikan banyak, boleh dapat upah sehingga RM50, namun jika (ikan) sedikit, nilainya kurang. Upah dibayar setiap hari selepas bekerja dan jika tidak bekerja, tiada duit. Contoh, jika ke hospital, saya perlu ambil cuti,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional di 0210 0290 0067 7695 atas nama Norhidayu Halim atau hubungi Mohd Azlan di talian 011-2998 1569.

Bercerita lanjut, Mohd Azlan berkata, penyakit anaknya dikesan ketika berumur dua bulan.

Katanya, sebagai bapa, dia sedih melihat anaknya tidak membesar seperti kanak-kanak normal, namun berlapang dada dengan ketentuan-Nya.

“Waktu doktor beritahu keadaan anak, saya 100 peratus terima dengan hati terbuka.

“Buat masa ini, belum ada rawatan cuma doktor kata, Aariz perlu bergantung dengan CPAP sehingga umurnya lima atau enam tahun.

“Aariz tak selalu demam cuma sesekali selesema. Bulan lalu, dia ditahan di wad daripada 23 hingga 29 April akibat demam campak.

“Biarpun sakit, Aariz masih minum susu menerusi tiub Ryles yang disambung pada hidung, cuma pernafasannya laju.

“Selagi hayat dikandung badan, kami terus menjaganya sebaik mungkin walaupun hospital ibarat rumah kedua,” katanya.

Sementara itu, Norhidayu turut berterima kasih kepada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan selain mendoakan kesembuhan anak mereka sebaik gambar berkenaan tular.

“Kami reda dengan keadaan Aariz kerana itu ujian ditetapkan Allah SWT.

“Lagipun, saya pernah diuji sebelum ini apabila melalui perkahwinan pertama, dua daripada empat anak turut sakit yang mana yang sulung menghidap Cerebral Palsy manakala anak ketiga menghidap masalah paru-paru kronik, jantung berlubang, sawan serta asma,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.