Fasha Sandha Manis Bertudung, Ramai Doakan Semoga Kekal – “Cantiknya Dia, Makin Glowing Suka Tengok”

Pelakon, Fasha Sandha sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila memuat naik beberapa foto yang merakamkan dirinya berhijab.

Makin berseri & cantik pakai hijab

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Fasha memuat naik beberapa siri foto sebagai kenangan menyambut tahun baharu 2025 bersama keluarga.

“Selamat tahun baharu 2025,” tulisnya.

Ramai doakan semoga kekal

Namun apa yang membuatkan netizen tertarik adalah penampilan Fasha yang begitu manis mengenakan hijab.
Sehinggakan ada yang menyangka Fasha muncul dengan imej terbaharu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen meninggalkan komen-komen positif dan mendoakan agar Fasha terbuka hati untuk mengenakan hijab kelak.

Malah mereka juga memuji Fasha kelihatan muda dan semakin cantik memakai hijab.

- IKLAN -
Terdahulu, Fasha sebelum ini kerap berkongsi fotonya bertudung disebabkan salah satu watak dibawanya dalam drama bersiri Dzikir terbitan Astro.
Mengakui ramai yang menyukai imej tersebut, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapun mohon doa yang baik-baik untuknya.