“Mesti yb dah siap pesan awal²..” Gambar wajah bella no5 pula jadi perhatian ramai

Kata-kata dikongsi pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di Instagram (IG), beberapa jam selepas berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, awal pagi tadi, menarik perhatian pelayar internet.

Melalui hantaran itu, Bella menyentuh soal rezeki terindah yang disifatkan bukan datang dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya, faktor lain seperti ketenangan jiwa dan kesucian hati.

Luahan hati Bella yang setakat ini menarik lebih 130,000 tanda ‘suka’, berbunyi:

- IKLAN -

“Bentuk rezeki yang paling indah bukanlah wang, tetapi ketenangan jiwa, kesihatan tubuh, kesucian hati, doa daripada ibu bapa dan doa daripada seseorang yang menyayangi kita.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua rezeki ini. Insya-Allah, amin ya Rabb,” luahnya.

- IKLAN -

Awal pagi tadi, BH Online melaporkan Bella berangkat menunaikan umrah, berdasarkan maklumat dikongsi jenama fesyen, PrimaValet melalui hantaran IG.

Video dipaparkan menunjukkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengiringi Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bagi menghantar pelakon dan penyanyi popular itu berangkat ke Tanah Suci.

Pasangan yang menjadi wajah kempen PrimaValet itu turut dipapar bergambar dengan anggota keselamatan di KLIA, dalam hantaran berkenaan.