“Saya tak tahu nak nasihat ара..” – Abby buka mulut Marissa kehilangan baby

Model muslimah, Marissa Dania dilaporkan telah kehilangan anak sulung yang dilahirkan pramatang ketika usia kandungan memasuki enam bulan minggu lalu.

Lapor Kosmo!, Marissa telah dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut dan bayi meninggal dunia ketika dilahirkan.

Terbaru, ibunya Abby Abadi ketika dihubungi mStar memberitahu tidak tahu mengenai berita keguguran yang berlaku.

Tak tahu. Serba tak tahu buat masa sekarang. Saya tak tahu nak nasihat apa.

Terdahulu, Marissa mengundang tanda tanya apabila memuat naik Instagram Story memaparkan kenangan yang dilaluinya sepanjang bulan Ogos.

Dalam gambar yang dimuat naik, kelihatan wajah suaminya, Aslam, barangan bayi dan hidangan berpantang.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.