“Tahla knp aku rase dia masih ade..”- Sentiasa ingat arwah! Iman Troye ziarah kubur siti sarah buat lepaskan rindu undang ramai sebak

Penyanyi muda, Iman Troye memilih untuk menyambut tahun baru 2024 dengan menziarahi kubur penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Rindu teramat sangat

 

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin meluahkan kerinduan yang teramat sangat terhadap Sarah yang sudah dianggapnya sebagai kaka.

Adik datang hari ini sebab rindu, rindu sangat.

Menurut pelantun lagu ‘Teman’ itu, arwah Sarah tidak pernah terlepas memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buatnya sepanjang perkenalan mereka beberapa tahun sebelum ini.

Hari ini merupakan hari pertama untuk tahun 2024 dan baru baru ini adik sambut birthday adik.

Dulu (arwah) kakak Sarah tak pernah terlepas wish birthday adik, al-fatihah buat Siti Sarah Binti Raissuddin.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 20 tahun itu menitipkan pesan kepada para pengikutnya untuk terus menerus mendoakan saudara Islam di Palestin.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Iman yang dilihat sentiasa mengingati arwah meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.

Mereka juga mendoakan agar roh arwah Sarah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Instagram

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.