(VIDEO) “Pelukan Terakhir SeorangAyah” – LuluhHati Tengok Keadaan Zaquan & Ayu

Khabar duka menyelubungi keluarga pemain bola sepak terkenal, Mohamad Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah, apabila anak bongsu mereka Muhammad Aisy Al Rees telah kembali ke pencipta-Nya.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zaquan menerusi Instagram Story sebentar tadi. Dalam hantaran penuh emosi itu, Zaquan memohon doa daripada orang ramai agar beliau dan isteri diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

@buletintv3 “Proses bedah siasat jenazah bayi kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, Muhammad Aisy Al Rees selesai dan akan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban kira-kira jam 9 pagi. #BuletinTV3 #ZaquanAdha #AyuRaudhah #MeninggalDunia ♬ original sound – BuletinTV3

“Doakan saya dan isteri kuat”

Berita ini mengejutkan ramai peminat serta rakan-rakan selebriti yang turut bersedih dan memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini.

Salam semua… anak bongsu kami MUHAMMAD AISY AL REES BIN MOHAMAD ZAQUAN ADHA telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang berusia enam bulan telah meninggal dunia kira-kira jam 1 petang pada Selasa.

- IKLAN -

Selebriti Rozita Che Wan memaklumkan pemergian Aisy Al Rees ketika tidur. Ibunya, Ayu Raudhah terus menghubungi talian kecemasan selepas mendapati anaknya tidak sedarkan diri.

Anaknya meninggal dalam tidur. Sekarang jenazah masih berada di Jabatan Forensik Hospital Rembau. Harap dapat dikebumikan malam ini juga.

Putera bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADH4 (@zaqone_08)

Terdahulu, pelakon Ayu Raudhah selamat menimang cahaya mata ketujuh pada 2 Ogos 2024. Cahaya mata bongsu itu dilahirkan pada Jumaat iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahiran Zaquan Adha yang 37 pada Sabtu.