Bacaan Tahriri Tulisan Nurly Sendiri Buat Ayahnya Menangis Sebak

Suasana majlis tahlil arwah Nurly Sahirah dipenuhi dengan keharuan apabila ayahnya, Encik Azman, tidak dapat menahan sebak saat mendengar bacaan tahriri Al-Quran yang merupakan hasil tulisan tangan anaknya sendiri. Selama ini, Encik Azman dilihat tabah dan tenang, namun kali ini air mata mengalir sebagai tanda kasih sayang dan kehilangan yang amat dalam buat seorang ayah.

Seminggu sudah berlalu sejak peristiwa menyayat hati melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris terjadi. 15 orang pelajar terkorban dalam nahas jalanraya ini dan salah seorang yang menjadi perbualan ramai adalah arwah Nurly Sahirah.

Meninjau entry di akaun Tiktok AR, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ayah Nurly, Encik Azman menerima kunjungan yang tidak putus-putus daripada orang ramai. Tahriri Al-Quran hasil tulisan tangan Nurly antara yang akan dilihat oleh orang ramai yang hadir ke kediamannya ini.

Menerusi video ini, dapat dilihat seseorang sedang membaca Al-Quran tinggalan Nurly itu. Bacaan yang lengkap dengan tajwid sempurna menyentuh hati Encik Azman. Kelihatan Encik Azman tidak dapat menahan kesedihannya ketika mendengar alunan suara tersebut.

- IKLAN -

Bukan mudah untuk warganet melihat Encik Azman dalam emosi sedih sebegini. Sejak Nurly ‘pergi’, Encik Azman antara yang kelihatan tenang dan selalu tersenyum menyambut kehadiran tetamu ke rumahnya. Sedih hati seorang ayah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Jom tonton video di bawah :

@pencaridamai0303 #fypage #fypage #AR❤️🧜🧜🌊🌊🌊🧜 # #AbangSulungSaya ♬ bunyi asal – AR ❤️🌊 ³3

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Yang membaca dapat pahala, yang mendengar juga dapat pahala.. tapi Allahyarhamah lagi berganda2 pahalanya.. beruntungnya awk dik.. “

” Pahala Jariah yang akan sentiasa mengalir untuk Arwah serta kedua ibubapanya.. Alhamdulilah semoga Arwah tenang disana.. ayah Nurly tak dapat menahan sebak.. dia cuba utk sembunyikan tangisan tu.. “

” Ayahnya.. semakin hari.. semakin rasa kehilangan puterinya.. AL Fatihah buatmu nurly.. sebak ayah almarhumah.. semoga Allah kurniakan syurga buatnya.. Amin.. “

” Tak di dendang kehebatan nya semasa arwah hidup.. tapi Allah angkat darjat arwah selepas kematian nya.. janji Allah itu pasti.. ” 

” Sebak ayah almarhumah.. semoga Allah kurniakan syurga buatnye.. Amin.. kalau yg dtg tu baca sikit seorg, masyaallah bsr pahala dia mengalir.. “

” SubhanaAllah.. ayah arwah tak dapat tahan sebak. hebatnya kamu nurly. di dunia berkembang mekar, di akhirat apatah lg.. Beruntung nya nurly sahirah.. nmpk ayah arwah menahan sebak.. “

” Sedih ayah Nurly, kita pun rasa. Ya Allah, sedihnya.. demi Allah, akak cemburu dngn kau dia…. klu dengan ,org kaya harta dunia, akak x cemburu… tp klu yg ini, akak mmg cemburu.. akak x mampu jadi mcm kau dik. syurga lah,buat kau dik.. “

” Allahu, byk pahala nurly dpt. sebab tu bapak dia sedih. tapi gembira sbb ank dia dh bahgia kat sana.. Auto Jadi sebak bila mendengar bacaan oleh sedara kita Dari Tahriri Al Quran yg ditulis oleh Arwah… Al-fatihah.. “

” Sebak tgk muka ayhnya n dgr org baca al quran hasil tulisan tgn arwah.. hasil peninggalan yg sgt hebat kalam Allah kita pun tak terfikir mcm arwah fikir allahu.. “

Warganet turut sebak melihat reaksi ayah Nurly itu. Peninggalan tulisan tangan Al-Quran oleh Nurly ini menjadi ladang pahala untuk Nurly. Semoga arwah Nurly tenang di sana dan untuk kedua ibu bapa Nurly terus kuat mengharungi kehidupan tanpa anak bongsu mereka ini.

 

Sumber : Tiktok AR