Cik B ikhtiar rawatan tradisional di Batu Gajah, mahu pulih cepat agar tidak susahkan keluarga

BATU GAJAH – Selepas hampir dua minggu bergelut dengan kecederaan lutut kiri akibat terjatuh di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, personaliti media sosial Cik B memilih untuk mencuba rawatan tradisional sebagai usaha mempercepatkan proses pemulihan.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok rasminya, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, memaklumkan dia dibawa ibunya, Datuk Seri Vida, bertemu seorang ‘bomoh tulang’ di sini, semalam.

@cikb_salmon_saltedegg_hq Kita cuba try test #cikb #tiktokmalaysia #fyp ♬ Zikir Taubat Piano – aberbotaque

“Hari ini mama bawa saya ke Batu Gajah jumpa bomoh tulang. Tak salah berikhtiar. Rawatan moden kita buat, tradisional pun kita cuba,” katanya ringkas.

Tidak mahu bebankan orang sekeliling

Menurut Cik B, kecederaan yang dialami menyukarkan pergerakannya, sekali gus menjejaskan pelbagai urusan harian termasuk komitmen kerja.

“Banyak perkara tertangguh kerana saya jatuh. Saya pun tak mahu menyusahkan orang sekeliling, terutama mama dan Kacak (adiknya) yang terpaksa menolak kerusi roda ke sana sini,” ujarnya.

Anak usahawan kosmetik itu sebelum ini dilaporkan terjatuh di trek Stadium Batu Kawan ketika hadir menyokong pasukan bola sepak Perak FC. Insiden berkenaan menyebabkan lutut kirinya terseliuh teruk.

- IKLAN -

Doa warganet

Rata-rata pengikut di ruangan komen mendoakan agar Cik B lekas sembuh serta memuji usahanya menggabungkan rawatan hospital dan perubatan kampung.

“Tak salah ikhtiar, yang penting yakin Allah beri kesembuhan,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Moga Cik B kembali berjalan seperti biasa. Cepat sihat, banyak projek menanti,” kata yang lain.

Setakat ini, Cik B masih menjalani fisioterapi susulan dan akan terus memantau perkembangan kecederaannya bersama pakar perubatan bertauliah.

Sumber – OhBulan