“Fattah Amin Yang Lamar Saya, Dia Lebih Berpengalaman” – Amira Othman

Penyanyi Amira Othman atau nama lengkap Nadia Amira Othman bakal mengadakan sebuah showcase istimewa pada Ogos ini dengan sokongan penuh daripada pengurusan selebriti terkenal, Fattah Amin Management.

Menurut laporan Hib Glam, Amira tidak menolak kemungkinan ramai melihatnya menumpang populariti Fattah Amin, namun dia secara rasmi memberi kepercayaan agar kariernya diuruskan oleh bintang terkenal yang juga duda terhangat itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

“Showcase ini akan dilaksanakan oleh Fattah Amin Management. Fattah yang lamar saya sebab dia dengar saya nak buat showcase. Dia nak bantu dan uruskan sebab dia ada pengalaman serta pasukan yang boleh membantu,” kata Amira dalam satu temu bual baru-baru ini.

Amira mengakui bahawa impiannya untuk mengadakan showcase sudah lama ada, tetapi kurang keyakinan kerana takut tidak mendapat sambutan. Kini dengan sokongan Fattah, dia lebih bersemangat untuk berkongsi bakat dan karya baharunya dengan peminat.

- IKLAN -

“Impian saya nak sangat buat showcase tapi saya takut orang tak datang. Kali ini, ada orang yang beri sokongan, jadi saya teruja nak kongsikan. Perancangannya Ogos ini tapi saya takut nak cakap lebih-lebih,” ujarnya.

Pelantun lagu popular “Hati-Hati” ini juga menyatakan hasratnya untuk terus menghasilkan karya berkualiti dan menjadikan nyanyian sebagai keutamaan agar sentiasa relevan dalam industri seni tanah air.

“Saya nak sentiasa keluarkan lagu dan karya yang bagus. Kena ingat, untuk kekal relevan, kita mesti ada karya yang pendengar suka dan boleh kenang,” tambahnya.

Sementara itu, media turut melaporkan satu insiden kecil ketika ibu Fattah, Azizah Abdul Ghani bersama anak-anak perempuannya menjual koleksi tudung secara siaran langsung di TikTok. Dalam siaran itu, Azizah tersasul menyebut gelaran “Kak Long” yang merujuk kepada Amira, namun segera memperbetulkan diri setelah sedar keterlanjurannya.

Dengan pengurusan baru ini, ramai peminat berharap Amira Othman akan terus berkembang dan membuktikan kemampuan dalam industri muzik Malaysia.

Kredit – OhMyMedia