Tak cukup dgn itu pekerja kedai gad4i turut diTah4n. Rupanya Ini barang yg ditemui brsama

Suspek dipercayai menggadai sebahagian barang kemas milik mangsa bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki berusia 53 tahun itu menggadaikan barang kemas di Terengganu.

Katanya, setakat ini, anggaran nilai barang kemas yang digadaikan berjumlah RM30,000.

“Berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa akibat hentakan di bahagian kepala daripada objek keras atau tumpul dan lemas.

“Siasatan awal juga mendapati motif kejadian lebih kepada melakukan samun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

- IKLAN -

Semalam, polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.

Suspek ditahan di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi.

Turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

Semalam Mahkamah Majistret membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula semalam hingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37 ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.

Susulan itu, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan berkenaan.