Kereta Sewa ‘Rabak’ Rosak Teruk, Kemek & Dipenuhi Kesan Lecak, Penyewa Buat Angkut Sawit

Seorang pengusaha kereta sewa di Sabah, Salvisteh Sal, meluahkan rasa kecewanya di media sosial selepas kenderaannya mengalami kerosakan teruk akibat tindakan penyewa tidak bertanggungjawab.

Perniagaan kereta sewa pada zaman sekarang sememangnya menjanjikan pulangan lumayan jika percaturannya disusun dengan baik. Pun begitu, pemiliknya tidak lari daripada berdepan perangai pelanggan yang bermacam ragam. Tidak ketinggalan, seorang lelaki bernama Salvisteh Sal baru-baru ini juga sempat berkongsikan kejadian mengejutkan yang dialaminya.

Kereta sewa dipulangkan dalam keadaan ‘menyayat hati’

Seorang pelanggan telah memulangkan semula kereta Axia yang disewanya dalam keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menyebabkan empunya kereta terpaksa menanggung kerugian besar. Berdasarkan keadaan luaran dan dalamannya yang amat kotor, sepertinya penyewa berkenaan memandu dalam kawasan ladang untuk mengangkut buah kelapa sawit.

- IKLAN -

Luaran kereta dipenuhi kesan lecak…Dalaman dipenuhi ‘sampah’ sawit

Selain kesan lecak berlumpur di bahagian karpet bawah, bahagian kereta berkenaan juga kemek seolah-olah menampung beban yang amat berat. Apabila karpet dibuka, sisa buah sawit dan dedaun kering turut memenuhi seluruh ruangan kereta. Kesal dengan kejadian ini, pemilik perniagaan kereta sewa di Sabah itu sempat menyifatkan pelanggan tersebut sebagai “Penyewa dari neraka”.

Ada rekod sewa, minta ganti rugi…Tak bayar lapor polis

Menjengah ke ruangan komen, netizen ikut kesal dengan kejadian yang dialami pemilik kereta sewa tersebut. Di satu sudut lain, mereka berpendapat kemungkinan ia digunakan untuk aktiviti pencurian buah sawit dan menasihati tuan badan agar membuat laporan polis.

 

 

KREDIT : TikTok Salvisteh Sal dan FB