Ibu Bapa Tidur Siang, Tanpa Disedari Anak Kembar Berusia 1 Tahun Ditemui Terapung Di Kolam Ikan

Malang tidak berbau. Sepasang suami isteri berusia 38 dan 43 tahun terpaksa menelan hakikat pahit mengenai pemergian anak kembar mereka yang berlaku dengan terlalu cepat. Baru 1 tahun menjalani kehidupan di dunia, tiada siapa menduga 2 kanak-kanak tersebut rupanya hanya dipinjamkan sebentar sahaja kepada pasangan ini.

Saudara adalah orang pertama yang temui si kembar dalam kolam ikan

Dalam kejadian yang berlaku 10 Januari lalu, suami isteri berkenaan awalnya sedang tidur lena di dalam rumah. Kemudian kira-kira jam 2.00 petang, jeritan suara wanita bernama Suhartini iaitu saudara yang kebetulan datang ke sana untuk menjenguk mula kedengaran dari arah luar. Rupa-rupanya, wanita tersebut menemukan budak kembar itu sudah terapung dalam  kolam ikan yang di depan rumah.

Gambar sekadar hiasan

Kolam tersebut mempunyai lebar 163cm, panjang 190cm & tinggi 55cm

Ibu bapanya yang dikejutkan dengan jeritan itu segera bangun dan membawa anak mereka ke pusat rawatan berdekatan. Pun begitu, 2 beradik berkenaan tidak dapat diselamatkan. Keadaan kolam tersebut yang tidak mempunyai pagar penghadang memungkinkan 2 anak kecil itu tercebur ke dalam air ketika bermain berdekatan kolam.

Semuanya sudah diselesaikan, tiada tindakan lanjut akan diambil

Berdasarkan siasatan awal, pihak polis tidak menemui sebarang unsur penganiayaan kepada kanak-kanak tersebut. Pihak keluarga menerima kejadian itu dengan lapang dada dan menganggap semua ini sebagai musibah. Maka tiada tindakan lanjut bakal diambil terhadap ibu bapanya.

- IKLAN -
Kejadia di Desa Babadan, Jawa Timur, Indonesia

KREDIT : YouTube tvOneNews, Portal Tribunnews & KOMPAS