Ramai tak setuju, Baca ini punca sebenar diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA)

Kejadian simbahan asid terhadap pemain bintang Selangor FC dan skuad kebangaaan iaitu Faisal Halim telah menggemparkan dunia bola sepak tempatan sebelum ini.

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, kes itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara.

Tiada tindakan susulan dalam kes serangan Faisal Halim

Peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima surat rasmi bertarikh 18 Februari 2025 mengenai perkembangan siasatan tersebut.

Peguam telah beri kerjasama sepenuhnya

Menurut Nik Zarith, pihaknya telah bertindak proaktif sejak awal lagi bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat PDRM bagi membantu siasatan kes ini.

Walaupun kes ini kini diklasifikasikan sebagai NFA, pihak peguam menekankan bahawa mereka tetap menghargai segala usaha yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa.

- IKLAN -

Kredit: Harian Metro