Kisah Sedih Dua Insan Tersayang Pergi Serentak, Bayi Tertindih Lengan Ayah

Sebuah tragedi memilukan menimpa sebuah keluarga apabila dua insan tersayang pergi serentak dalam satu kejadian yang sangat menyayat hati. Bayi berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tertindih lengan bapanya yang meninggal akibat serangan jantung di rumah mereka. Kejadian yang berlaku tanpa disangka ini meninggalkan duka mendalam kepada ahli keluarga dan komuniti sekitar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seorang wanita terpaksa menghadapi detik yang memilukan apabila bayinya yang berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka, pagi tadi.

Kejadian itu disedari Azura Abdul Malik, 40, ketika dia pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsunya, Muhammad Nur Daniel mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan.

Azura berkata, setiba di rumah dia terkejut melihat keadaan bayinya berada di bawah lengan suaminya, Nurul Efendy Ibrahim, 35, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terkejut sebab tak ada sebarang kesan darah, bila masuk ke dalam bilik tidur saya lihat kedua-dua yang berada di atas katil tidak sedarkan diri.

“Ketika itu saya mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya dan masa kejadian bayi saya masih bernyawa, namun keadaanya begitu lemah,” katanya.

- IKLAN -

Dia kemudian terus bergegas ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun malangnya anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital pada pukul 9.58 pagi.

“Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Pihak hospital mohon pasukan membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Difahamkan, Nurul Efendy pernah mengadu mengalami sakit dada, namun enggan mendapatkan rawatan.

Jenazah kedua-dua beranak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kisah tragis ini menjadi peringatan betapa rapuhnya kehidupan dan pentingnya menghargai setiap detik bersama orang tersayang. Doa dan sokongan terus mengalir kepada keluarga yang sedang diuji dengan kehilangan berganda ini. Semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan keluarga diberikan kekuatan untuk terus tabah.

Sumber: Sinar HarianUtusan