Momen brmakna Datuk M.Nasir ‘belanja’ lagu Nur Nilam Sari majlis pernikahan anak.

Ramai terharu apabila menonton beberapa video sewaktu M. Nasir dendang lagu Nur Nilam Sari di majlis kahwin anak tersayang, Nur Nilam Sari semalam.

Menerusi viddeo yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Emcee Miji, dapat dilihat Datuk M. Nasir menyanyikan lagu tersebut sebelum dihampiri Nur Nilam Sari dan suami yang kelihatan sebak sewaktu lagu tersebut didendangkan.

@emcee.miji Dato’ M. Nasir perform lagu Nur Nilam Sari untuk puteri kesayangan Nur Nilam Sari.. #fyp #mnasir ♬ original sound – Emcee Miji

Pemilik nama lagu Nur Nilam Sari selamat bergelar isteri

Mana tidaknya, lagu berkenaan dicipta dengan mengambil inspirasi daripada nama dirinya sebelum dipopularkan oleh Awie dan kumpulan Search.

Nur Nilam Sari yang cantik berbusana songket dilihat sebak sebelum memeluk dan sama-sama bernyanyi dengan bapanya.

- IKLAN -

M.Nasir sampaikan lagu Nur Nilam Sari

Persembahan ringkas dari M.Nasir itu turut dikongsikan selebriti, Mafarikha yang kini merupakan make up artist (MUA).

Ada yang sebak tengok video tersebut

Pelbagai komen diperoleh daripada netizen di media sosial yang mana rata-rata terharu melihat momen ayah dan puteri kesayangan yang telah melangkah ke alam perkahwinan.

Ada juga yang mengenang semula kisah disebalik lagu Nur Nilam Sari itu kerana mempunyai sejarah tersendiri dalam kehidupan seorang M. Nasir.

Background lagu ni sedih kot

Bertuah Nur Nilam Sari namanya disyair jutaan orang

 

Kasih seorang ayah

Lagu yang indah buat sang puteri

Sekadar info, Nur Nilam Sari merupakan bongsu dari lima beradik hasil perkahwinan pertama M. Nasir dengan allahyarham isteri pertamanya, Junainah Johari.

Walau bagaimanapun, seniman lagenda itu turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan selepas bernikah dengan Datin Marlia Musa pada tahun 2000.

Sumber: TikTok emcee.miji, Instagram Mafarikha