Mesra Iftar Bersama, Hid4yah Tayang Wajah Kekasih? – ‘Kalau Jodoh, Memang Ada Iras Arw4h Abam’

Balu kepada pelawak, Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali dilihat terbuka berkongsi wajah jejaka yang didakwa kekasih barunya.

Iftar bersama

 

@hidayah_hamzah Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2025✨✨#ramadan #2025 @Amsyar salim ♬ original sound – template rzkyy

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hidayah dilihat bersama jejaka yang dikenali sebagai Amsyar Halim sedang menunggu waktu berbuka di sebuah restoran.

Selamat menyambut bulan Ramadan 2025.

Apa yang meraih perhatian apabila rata-rata netizen menyokong Hidayah yang kembali mencari pasangan hidup demi kebahagiaannya.

- IKLAN -

Muka macam arwah Abam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa rupa paras jejaka tersebut kelihatan seperti arwah Abam. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan Hidayah dan kekasihnya dipermudahkan untuk mendirikan rumah tangga.

Imbas kembali, Hidayah sah bergelar isteri kepada pelawak, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahata mata, Hamzah, 6.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan setelah pelawak itu disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Tik Tok @HidayahHamzah