‘Palisades Fire’ Di Los Angeles Korbankan 5 Nyawa, Rumah Selebriti Terkenal Turut Hangus Terbakar

Semalam, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dilanda kebakaran yang sangat teruk dipercayai berpunca dari kebakaran hutan, tragedi ini digelar Palisades Fire.

Kebakaran itu menyaksikan 1,500 bangunan terbakar sehingga memaksa lebih 100,000 orang meninggalkan rumah masing-masing.

Cabaran tiupan angin ribut taufan memarakkan lagi api dari rumah ke rumah di kawasan Pacific Palisades yang mewah termasuk membakar sebahagian besar hartanah California yang paling diingini dan digemari selebriti Hollywood.

Menurut laporan Harian Metro, Syerif Daerah Los Angeles Robert Luna mengesahkan, lima mangsa disahkan terkorban dengan dikhuatiri lebih banyak lagi kematian menyusul.

- IKLAN -

Kawasan tersebut merupakan kawasan mewah yang didiami oleh selebriti ternama Hollywood serta golongan elit.

Antara rumah selebriti yang terkesan dengan kebakaran itu termasuklah Ben Affleck, Tom Hanks, Reese Witherspoon, Michael Keaton, Adam Sandler, Miles Teller, serta Eugene Levy.

Paris Hilton juga menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedih apabila rumahnya juga turut musnah dalam kebakaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)

Pacific Fire dianggarkan menjadi salah satu kebakaran paling merugikan dalam rekod, AccuWeather berkata, pihaknya menganggarkan sehingga AS$57 bilion (RM256.78 bilion) kerugian dalam bencana itu.

Paris Hilton Selamatkan Anjing, Rumah Musnah Dijilat Api Dalam Kebakaran Di LA

Paris Hilton merupakan salah seorang selebriti yang kehilangan rumah mewahnya dalam sekelip mata apabila dijilat api akibat dalam kebakaran di Daerah Los Angeles, California.

Menyifatkan tragedi tersebut tidak wajar dilalui oleh sesiapapun, Hilton mengatakan banyak kenangan yang telah dicipta di kediaman yang musnah sepenuhnya itu.

“Rumah ini telah meninggalkan banyak memori berharga. Inilah rumah Phoenix belajar berjalan buat pertama kali,” luahnya di TikTok seperti dilaporkan paradepets.com.

Meski begitu Hilton bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri bersama empat ekor anjing kesayangannya.

Dia berkongsi video berkemas dan menyelamatkan empat anjing di dalam kereta dengan suara yang kedengaran ketakuan.

“Okay kami telah menjumpai (anjing) semuanya dan bersedia untuk ke hotel,” katanya.

Pada masa sama, Hilton turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang bertungkus lumus memadam kebakaran dan mempertaruhkan nyawa mereka.

“Buat semua pasukan bomba yang terlibat terima kasih kerana telah mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan kami. Anda adalah hero sejati,” katanya lagi.

 

Dalam kebakaran sama telah memusnahkan lebih 1,000 bangunan dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian. Lebih 175,000 pelanggan elektrik di Daerah Los Angeles masih terputus bekalan elektrik.

Sumber: Harian MetroBusiness InsiderInstagram