“Harap komeng Menyesal lah dgn apa yg dia dh musnahkan ni..” – Netizem

Hati wanita mana yang mampu bertahan bila kepercayaan yang dibina mula terlerai? Itu yang dilalui oleh isteri kepada pelakon Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Otriz, apabila dia akhirnya membuat keputusan untuk memfailkan penceraian terhadap suaminya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Nilam kelihatan meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dengan tenang namun jelas sarat dengan perasaan.

@puan_nilamortiz Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’ @FOUNDER NILAM EMPIRE ♬ Perceraian Lara – Ipank

Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas tular berita mengenai hasrat Azlan untuk berpoligami. Malah, keputusan tersebut diambil demi menjaga hati sendiri yang sudah tidak mampu menanggung luka lebih lama.

- IKLAN -

Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan kembali menjadi orang asing dimana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya.Selepas ini tiada lagi takdir yang bernama ‘kita’.

Perkongsian menyentuh hati itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dan memberikan sokongan agar Nilam terus kuat menghadapi ujian rumah tangga.

Terdahulu, Azlan pernah tampil menafikan dakwaan kononnya dia tidak menghargai isterinya selepas menyuarakan keinginan untuk berkahwin dua. Namun begitu, segala-galanya berubah apabila Nilam akhirnya membuat keputusan muktamad untuk berpisah.

Setiap pasangan mengimpikan rumah tangga yang bahagia, namun apabila perasaan dan kepercayaan mula terhakis, kadang-kala perpisahan adalah jalan terbaik untuk menjaga diri sendiri. Dalam sebuah perhubungan, penting untuk saling memahami dan menghargai.