“Tak Tahan Sebak…” – Rakan Sekumpulan Arwah Nurul Izyanti Menangis Lepas Pembentangan Assignment

Sebuah video tular memaparkan detik penuh emosi di mana rakan-rakan sekumpulan arwah Nurul Izyanti tidak dapat menahan tangisan selepas selesai membuat pembentangan assignment terakhir mereka di UPSI. Hati siapa yang tidak luluh melihat momen sahabat-sahabat Izyanti menangis teresak-esak apabila video kenangan bersama arwah ditayangkan. Keadaan dalam kelas ketika itu bertukar hening, menyentuh hati sesiapa sahaja yang menyaksikan detik memilukan tersebut.

“Kami ingat boleh kuat… tapi bila nampak video kenangan dengan Izyanti, kami terus menangis. Beratnya rasa kehilangan ini…” ujar salah seorang rakan arwah.

Bukan mudah untuk menerima kawan seperjuangan pergi menghadap Ilahi secara tiba-tiba. Tanpa sebarang pesanan, peristiwa tanggal 9 jun yang lalu akan menjadi tarikh keramat yang akan sentiasa kekal dalam ingatan para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Allysaamrann, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakan-rakan kepada arwah Nurul Izyanti Muhamad Azahar menyempurnakan tugasan kumpulan mereka. Ini adalah assignment terakhir yang sempat mereka lakukan bersama.

Waktu perbentangan menjadi saat yang sukar untuk mereka kerana mengenangkan Izyanti yang telah pergi dan tiada akan kembali lagi. Kata pemilik akaun ini, mereka sudah berjanji dengan Izyanti untuk melakukan yang terbaik dan mereka berjaya mengotakan janji tersebut.

- IKLAN -

Menerusi video perkongsian ini, dipaparkan suasana ketika pembentangan kumpulan sudah berakhir. Paparan di skrin layar menunjukkan gambar dan video memori mereka sekumpulan bersama Izyanti. Kelihatan rakan-rakan Izyanti tidak dapat menahan sebak dan masing-masing menangis ketika video itu ditayangkan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Rakamlah sebanyak mana orang yang kamu sayang semuanya .. sebab bila dah takde kita akan rindu.. Al fatihah Izyanti.. “

” Dik, akak penat nak nangis hari2 dik oii. tiap kali lalu pasal arwah adik2 upsi ni mesti nangiS.. apatah lagi Korg yang hari-hari jumpa sblm ni kn.. “

” Kalau aku jd lecturer korang, nampak bidio ni terus bg full mark.. wlwpon dh seminggu tp sedih tu Masih terasa wlapon xkenal.. moga semua arwah dtmpatkan dtaman2 syurga ALLAH.. “

” Tiap kali lalu video tentang pelajar2 UPSI ni auto berair mata…. Semoga kejayaan milik kamu semua…. al fatihah buat arwah.. “

” Masa edit assignment tu mesti banyak kali nangis jugak kan.. saya doakan group berjaya walaupun kamu semua kekurangan 1 ahli.. insyaallah kejayaan bersama kamu semua.. “

” Masa edit video tu mesti dah berjurai air mata.. saya doakan group berjaya walaupun kamu semua kekurangan 1 ahli.. insyaallah kejayaan bersama kamu semua.. “

” Jangan la ajak kami menangis sekali.. tengok ni nangis lagi.. Takziah semua sahabat izyanti. Tahu tak mudah kehilangan mereka yang kita sayang tapi teruskan melangkah dengan semangat arwah izyanti okay.. “

Berat tapi dengan semangat yang masih bersisa, mereka berjaya melakukannya sehabis yang baik. Semoga kawan-kawan Izyanti ini akan meneruskan perjuangan mereka untuk meraih sebuah kejayaan. Sama-sama kita doakan agar Izyanti tenang di sana.

Momen sebegini benar-benar menggambarkan betapa eratnya ikatan persahabatan yang dibina selama ini. Perginya Nurul Izyanti meninggalkan luka mendalam buat semua yang mengenalinya. Semoga rakan-rakan arwah terus tabah melalui kehilangan ini, dan semoga roh Nurul Izyanti dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama insan-insan solehah.

Al-Fatihah buat arwah Nurul Izyanti.

Sumber : FB TeganuKita