Ada yg tergamak kata bunyi mcm org nazak waktu PMX takbir raya

Tular di media sosial rakaman suara Takbir Raya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah disunting menjadi perlahan seperti ‘slow motion’ dan dijadikan bahan gurauan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Perkara ini telah mengundang teguran tegas daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan.

Takbir raya PMX dipersenda, Timbalan Menteri Agama beri teguran

Dalam satu hantaran di X, Datuk Dr. Zulkifli Hasan menegaskan bahawa takbir adalah simbol keinsafan, pengagungan kepada Allah SWT dan tidak wajar dijadikan bahan sindiran, apatah lagi atas dasar perbezaan politik.

Bukan semua perkara perlu dibangkang, bukan semua boleh dijadi bahan sindiran dan gurauan sinikal.

Takbir Raya – simbol penyatuan umat dan penghargaan kepada Allah

Jelas beliau, bagi umat Islam, Takbir Raya merupakan satu sunnah yang dilakukan sejurus terlihatnya anak bulan Syawal dan berterusan sehingga tamat Hari Raya.

- IKLAN -

Ia adalah manifestasi rasa syukur dan tanda pembesaran kepada Allah SWT atas nikmat dan hidayah-Nya setelah kita berjaya melalui Ramadan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185 menyatakan:

“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

Rasulullah SAW sendiri menggalakkan umatnya untuk menghias sambutan Aidilfitri dengan takbir. Sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Anas: “Hiasilah Hari Raya kamu dengan bertakbir.”

Takbir Raya bukan hanya sekadar laungan suara, ia membawa erti perpaduan, kekuatan dan pengharapan umat Islam kepada Allah dalam menghancurkan musuh-musuh-Nya serta menzahirkan keinsafan selepas sebulan berpuasa.

Melaungkan Takbir Raya sewajarnya dilihat dari aspek penghayatan dan simbolik keindahan amalan itu – bukan sejauh mana kemerduan atau kelunakan suara sesiapa juga yang melakukannya.

Hormatilah takbir raya, bukan dijadikan bahan lawak

Tambahnya, bila sesuatu yang suci seperti Takbir Raya dijadikan bahan gurauan, ia tidak hanya menunjukkan kurangnya sensitiviti malah menjejaskan adab serta maruah agama itu sendiri.

Jadi, tidak wajar kita mempermainkan Takbir Raya atas nama gurauan atau semata-mata kerana perbezaan sokongan ideologi politik kepartian. Kritiklah dengan fakta jika ada perkara yang tidak dipersetujui bicaralah dengan hujah yang benar – dan dikaji secara bersungguh.

Beliau menegaskan berbeza pandangan tidak salah namun jangan sampai menghina, mengaib dan memfitnah, apalagi dengan perkara berkait kesucian nama Allah SWT serta ketinggian Islam sebagai agama yang kita semua cintai.

Janganlah kita menjadi terlalu leka dengan dunia media sosial hingga sanggup mempersenda perkara yang menjadi syiar Islam. Hargailah kemuliaan bulan Syawal, dan hiasilah sambutan Aidilfitri dengan adab serta iman.

Kredit: X Datuk Dr. Zulkifli Hasan

@rilex902 #anwar ibrahim#pmx#dsai#ph#perpaduan madani#refomasi#lawan tetap lawan#pan #amanah #dap #umno#pas#bersatu #perikatan nasional#pn#walaun#walauntit#lebai pas#muhyiddin yassin #mahathir#hadi awang#pkr#dr samsuri#sanusi#muslimat pas#pemuda pas#dewan ulamak pas#ibrahim man#parliman malaysia#adendum#tebuk atap#jalur gemilang#takbir ♬ original sound – rilex