Terlalu ikut emosi, Kieda Crepe mohon maaf isu pelanggan reviu jujur

Usahawan Kieda Crepe, Khalieda Yusra tampil mengaku kesilapan kerana terlalu emosi selepas makanan yang dijualnya dihina seorang pelanggan.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Kieda memohon maaf dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi memberi teguran.

Kieda mohon maaf, mengaku terlalu beremosi

Dia berlapang dada dan menerima nasihat yang diberikan oleh ramai pihak. Namun Kieda berharap jika makanan tidak kena dengan selera masing-masing, janganlah sampai menghina.

“Alhamdulillah, Kieda terima setiap satu kritikan untuk jadi jauh lebih baik. Lapang dada Kieda terima semuanya.

“Insya-Allah dan terima kasih yang sudi beri nasihat kepada Kieda untuk kieda perbaiki diri jadi lebih bagus,” kata Kieda pada Khamis.“

Kieda harap selepas ini, andai tak kena selera jangan sampai kita menghina dan mengeji umpama tiada kebaikan.

Usahawan ini juga kecewa difitnah telah ‘game’ pembeli sedangkan dia berusaha keras untuk menaikkan jenama tersebut sehingga kini dikenali ramai.

Jangan fitnah dengan ayat Kieda “game” kan customer, sedangkan kamu tidak tahu macam mana Kieda berjuang untuk menaikkan jenama Kieda Crepe ini.

“Mungkin sekadar “crepe” tapi sangat banyak hasil yang Kieda dapat bantu orang dengan menjual crepe ini,” ucapnya.

Difahamkan, isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang dikatakan menghina makanan Kieda Crepe menerusi status di WhatsApp.

- IKLAN -

Individu tersebut berkata crepe yang dijual langsung tidak sedap dan pembeli telah ditipu selama ini.

Kenyataan penuh Kieda:

“Salah Kieda sebab terlampau ikut emosi, sebab sangat kecewa sedangkan kamu juga pekerja kedai crepe.

“Kamu mesti tahu betapa susahnya boss kamu naikkan ‘branding’ cari ‘sale’ untuk membayar gaji para pekerja. Maafkan Kieda sebab buat semua kecewa.

“Insya-Allah, moga semua ni jadi pengajaran hebat buat Kieda. Sekali lagi, kieda mohon maaf sebab terlalu ikut emosi,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seorang pelanggan yang dikenali sebagai Nur Zamilah memberikan ulasan jujur mengakatakan crepe yang dijual oleh Kieda tidak sedap dan tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Kritikan yang dibuat oleh Zamilah melalui status Whatsapp peribadi itu bagaimanapun diketahui oleh Kieda sebelum usahawan terbabit mengadakan pertemuan secara bersemuka kerana mendakwa kritikan itu memberi kesan negatif kepada imej syarikatnya.

Kredit: Facebook