“Boleh tahan jugak ye..” Yana Samsuddin Kongsi Cabaran Mengandung Anak Keempat

IMPIAN pelakon Yana Samsudin memiliki sebuah keluarga besar bakal terlaksana apabila dia disahkan hamil anak keempat.

Kandungan Yana atau Nurliana Samsudin, 41, kini sudahpun mencecah usia lima bulan dan dia dijangka bersalin pada Oktober depan.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu pelakon Fadzil Zahari yang memaklumkan mereka tidak menyangka dengan rezeki diberikan Allah SWT.

Yana dan Fadzil (kanan) bakal menyambut kehadiran cahaya mata keempat.

- IKLAN -

Apatah lagi, Yana baru sahaja bersalin anak ketiga mereka pada Januari tahun lalu.

“Kalau ikutkan memang tidak sangka memandangkan jarak dengan anak ketiga macam dekat sangat.

“Tetapi ‘lekat’ awal, Alhamdulillah. Lagipun Yana memang mahu anak ramai dan ada rezeki saya terima sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Fadzil memberitahu sepanjang kehamilan kali ini, Yana tidak mengalami alahan teruk jika dibandingkan sewaktu hamil anak sebelum ini.

“Kalau nak dibandingkan dengan anak ketiga memang banyak juga ujiannya. Yana mengalami alahan teruk sampai enam bulan hanya terbaring, tak boleh buat apa sangat.

“Untuk kehamilan kali ini yang saya nampak dia (Yana) lebih okay walaupun masih ada alahan tetapi tidaklah teruk sangat.

Kalau ikutkan memang tidak sangka memandangkan jarak dengan anak ketiga macam dekat sangat.

FADZIL ZAHARI

SUAMI YANA SAMSUDIN

“Alhamdulillah Yana dan kandungan berada dalam keadaan baik-baik sahaja,” ujarnya.

“Saya kan PCOS, semua orang pun tahu saya ada PCOS. Saya nak dapat nombor satu ke nombor dua ke nombor tiga, semua selang empat tahun.
“Maksudnya saya menunggu empat tahu untuk dapatkan seterusnya. Tapi kali ini bila anak ketiga saya baru setahun setengah, saya dikurniakan anak lagi.
“Memang impian saya dan doa saya untuk anak ramai. Lebih daripada dua, tiga. Allah makbulkan. Usia saya pun dah semakin meningkat,” ujarnya.

Untuk rekod, Fadzil mendirikan rumah tangga dengan Yana pada 13 Februari 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 9, Aura Aisy Sofea, 5, dan Aisy Hakeem yang kini berusia setahun.

Kredit -mstar