Tular lelaki buat kecoh sebelum solat Subuh, ini penjelasan Naqib Masjid TTDI

Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi Rabu.

Kejadian yang dipercayai berlaku sebelum solat Subuh itu tular dalam satu rakaman video berdurasi 2 minit 46 saat menerusi laman media sosial Facebook milik seorang individu sejak tengah hari Khamis.

Menurut sumber, lelaki berusia lewat 20-an itu memandu kereta dari kediamannya di Jalan U Thant, di sini sebelum menuju ke masjid berkenaan.

VIDEO PENUH :

“Pada masa sama, keluarganya yang menaiki sebuah lagi kenderaan lain turut mengekori lelaki itu dari belakang.

- IKLAN -

“Sebaik tiba di pekarangan masjid, lelaki itu terus meluru masuk dan membuat kecoh ketika semua jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Subuh,” katanya.

Berdasarkan rakaman video tersebut, lelaki itu kemudian ditenangkan oleh jemaah masjid dan ahli keluarganya sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis yang tiba di masjid itu.

Dia kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan sebagai seorang pesakit mental.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, dijangka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Penjelasan Penuh dari Naqib Masjid TTDI

Lelaki yang tular buat kecoh sebelum solat Subuh semalam di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur rupanya seorang bukan beragama Islam yang disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022.

Dia dikatakan tidak menerima rawatan sejak setahun lalu, kata Naqib Masjid At-Taqwa, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

Menurutnya, suspek tidak menerima rawatan sejak Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau berkata, ekoran insiden menggemparkan itu, polis sudah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, kata Ahmad Fakhruddin, pihak masjid memohon kerjasama orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka yang tidak baik.

“Ketika suspek menceroboh, dia bercakap seorang diri dan seperti dalam keadaan tidak normal hingga berlaku sedikit pergelutan ketika jemaah dan anggota polis hendak menahannya.

“Malah, ketika pihak masjid ingin menghalang pergerakan lelaki itu, dia terus membuat kekecohan dan mengganggu jemaah solat Subuh selain turut merosakkan sebuah televisyen sebelum meluru ke hadapan saf dewan solat utama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Sinar Harian memetik sumber memaklumkan lelaki berusia lewat 20-an itu memandu kereta dari kediamannya di Jalan U Thant sebelum menuju ke masjid tersebut.

@sinarharianonline Menurut sumber, lelaki berusia lewat 20-an itu memandu kereta dari kediamannya di Jalan U Thant sebelum menuju ke masjid berkenaan. #SinarHarian #SinarTerkini #Lelaki #Masjid ♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Sumber – Sinar Harian