‘Rehatlah abah, dunia terlalu kejam untukmu’ – Anak mangsa

“Rehatlah abah, dunia terlalu kejam untukmu,” luah Nurul Farhana, anak kepada mangsa kejadian lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di tapak pasar tani di Kemaman, menerusi satu hantaran di TikTok.

Anak perempuan kepada lelaki OKU yang dibelasah membuat hantaran di TikTok.

Menurut Nurul Farhana, bapanya kini sedang menerima rawatan di Hospital Terengganu selepas kejadian yang menimpanya.

@nrulfrhana._Rehat la abh dunia terlalu kejam untuk mu 💔

♬ suara asli – Arta mode mj

- IKLAN -

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ayah saya dan yang ingin menolong keluarga kami. Kami sekeluarga sangat menghargainya,” katanya lagi.

@nrulfrhana._♬ original sound – Ros Aishah

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarganya. Banyak pihak menyeru agar keluarga mangsa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

- IKLAN -

Komen netizen di TikTok.

“Dik, akak nak pesan. Jangan tarik report kalau diorang datang merayu dan meminta maaf. Biar lawan kes sehabis-habisnya, sampai diorang mendapat balasan yang setimpalnya,” tulis seorang pengguna bernama Chaaneed.

“Jangan tarik report dik. Diorang langsung tak hormat ayah adik. Jaga maruah keluarga tau! Akak dah tak ada ayah, sedih bila tengok seorang individu bergelar ayah diperlakukan macam tu,” tambah seorang lagi pengguna, Nurul Ain.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki OKU kategori mental dipukul dan diheret oleh beberapa individu di tapak jualan Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan, sehingga mencetuskan kemarahan beberapa individu.

Sumber- The Reporter