Rakaman Video Wanita Ditampar di Tempat Awam Tular di Media Sosial

Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki dipercayai suaminya ketika berjalan keluar dari lokasi majlis sambutan Tahun Baharu Cina.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, ‘Smrmotorsport’ dan turut dikongsi di laman X Malaysia Most Viral pada Ahad.

Menurut individu yang merakam video terbabit, dia terkejut apabila melihat wanita tersebut ditampar oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba.

“Serius ‘beb’, kakak tu kena tampar dalam siaran langsung video ni secara tiba-tiba. Dia (lelaki terbabit) masuk terus tampar kakak tu, sebelum ajak pergi,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Rakaman video itu kini tular dan telah ditonton lebih 12,000 pengguna TikTok dan X setakat jam 8.30 malam.

- IKLAN -

Ramai pengguna media sosial yang menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Mereka turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang menampar wanita malang itu di khalayak ramai.

VIDEO :

- IKLAN -
@peguamsyariefirdaus Apa isteri perlu buat jika ada keganasan dalam rumahtangga??? #fokussyariah #suamiisteri #mahkamahsyariah #peguam #peguamsyarie #peguamsyariekelantan #lawyer #keganasanrumahtangga ♬ original sound – Lawyer Firdaus

@utusantvofficial 27 JAN 25: Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, usaha menjejaki mangsa berusia 35 tahun dan suspek berumur dalam lingkungan 50-an sedang giat dijalankan. Video Tular/PDRM #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #sepang #kotawarisan #tampar #lempang ♬ original sound – UtusanTV

Sumber- tiktok, Sinar