Polis cekup lelaki curi telefon bimbit OKU, reman disambung semula

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mencuri telefon bimbit pembantu kedai runcit orang kurang upaya (OKU), Rabu lalu.

VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofia Redzuan berkata, suspek ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis (IPD) Marang dan IPD Kuala Terengganu di sebuah rumah di Kuala Terengganu pada jam 6.15 petang hasil daripada maklumat dan siasatan yang dijalankan.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri dan penyalahguaan dadah sejak 2017.

“Suspek ditahan reman selama empat hari hingga hari ini. Bagaimanapun, reman suspek disambung hingga Rabu depan bagi melengkapkan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu, tular di media sosial apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Selasa lalu menunjukkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit pembantu kedai runcit OKU di Rhu Rendang, Marang.

- IKLAN -

Menerusi kiriman yang tular di Facebook Malaysia Crime Watch – MyWatch, video 27 saat itu menunjukka seorang lelaki melarikan telefon bimbit milik pekerja OKU itu yang diletakkan di kaunter kedai runcit tempat mangsa bekerja.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam, PDRM berjaya mengesan dan menangkap lelaki tersebut pada Rabu.

VIDEO :

@utusantvofficial Replying to @ninirania1326 JAN 25: Suspek ditahan reman selama empat hari hingga hari ini. Bagaimanapun, reman suspek disambung hingga Rabu depan. #marang #telefon #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – officialnohsalleh