Ini luahan Fazura di Instagram buat anaknya Fatima

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila meluahkan isi hati istimewa buat puteri kesayangan, Nur Fatima Aisya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazura menyatakan betapa besar nikmat dan kebahagiaan yang dirasakannya sebagai seorang ibu.

“Bintang terindahku Fatima” – Fazura

Bintang terindahku Fatima. I hope you know how much I enjoy being your mommy. You are my absolute happiness, my biggest blessings.

Selebriti ini mendoakan semoga anaknya itu membesar dengan baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Sebagai ibu, Fazura akan sentiasa berada di samping Fatima untuk melindungi dan memberikan yang terbaik.

Netizen terharu dengan kasih sayang Fazura

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

- IKLAN -

Perkongsian tersebut mendapat ribuan tanda suka dan komen daripada peminat yang teruja melihat keakraban Fazura dan Fatima.

Peminat jelas tersentuh dengan keikhlasan Fazura dalam menyampaikan rasa cintanya sebagai seorang ibu. Tidak hairanlah mengapa Fazura sering menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana!

Haishh mata masuk habuk pula. Semoga Fazura dan Fatima dibawah lindungan Allah SWT sentiasa. Diharapkan pasangan ibu dan anak ini kekal bahagia selamanya.

- IKLAN -