Harap lsu selesai pakcik terima lesen, Gambar no4 tu nampak wajah pgawai tu katakan sesuatu

Lepas tular video seorang pakcik penjual petai dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan berharap ada penyelesaian yang adil.

Terbaru, isu ini akhirnya berjaya diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak. Perkembangan isu ini dimaklumkan ADUN Sri Tanjung, YB Dr Rajasekaran Gunasekaran menerusi satu hantaran di Facebook.

Selesai cara baik, ganti rugi petai dibayar

Beliau bersama YDP MPPD Tuan Hasnor, SU MPPD Tuan Mohd Azizul Hakim, serta ahli Majlis Perbandaran dan Unit Penguatkuasa telah turun padang ke rumah Pak Cik Mohd Noor Bin Saad bagi membincangkan jalan penyelesaian terbaik.

- IKLAN -

Selain itu, YB Dr Rajasekaran turut menyampaikan sumbangan daripada YB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson, bagi menggantikan hasil jualan petai yang terjejas akibat insiden tersebut.

ARTIKEL LAIN : “Mungkin pakcik ni cari rezeki untuk raya ” Ini Luahan pakcik selepas dihalau pegawai? Gambar no5 undang sebak..

MPPD beri lesen sementara, Pak Cik Noor kini boleh berniaga

Hasil rundingan bersama, pihak MPPD bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor agar beliau boleh berniaga secara sah tanpa gangguan lagi.

- IKLAN -

Malah, sebagai tanda penyelesaian, Pegawai Penguatkuasa MPPD, En. Kamarul, turut hadir ke rumah Pak Cik Noor untuk bersalaman dan berdamai.

Beliau berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang.

Sumber – OhMedia