“Mungkin pakcik ni cari rezeki untuk raya ” Ini Luahan pakcik selepas dihalau pegawai? Gambar no5 undang sebak..

Satu video tular di TikTok telah meraih perhatian ramai apabila seorang lelaki warga emas dipercayai peniaga kecil dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam video tersebut, kelihatan pakcik itu bersama motosikalnya yang sarat dengan petai, berdepan situasi yang menyedihkan apabila hasil jualannya bertaburan di jalan.

Orang ramai yang melihat situasi itu membantu mengutip petai itu namun pakcik yang berang segera mencampakkannya ke dalam sungai.

“Cuma nak cari rezeki” – Menantu sedih tengok pak mentua diperlakukan begitu

@papaqaireen88

up bukan utk mengaibkan..tp sedih lihat pak mertua di perlakukan mcm tu..cuma mencari rezeki…#itsmefaizal #fypvideo #gengbatugoreng #pejuangrezeki #fyp #fypシ゚ #abglori #tiktokmalaysia #viral #abgpergiberjuang #abgloritiktok #viralvideo #mppdproblem #mppd

♬ original sound – 𝕻𝖆𝖕𝖆 𝕽𝖆𝖎𝖘𝖍𝖆 – 𝕻𝖆𝖕𝖆 𝕽𝖆𝖎𝖘𝖍𝖆

Pengguna TikTok yang memuat naik video ini menyatakan bahawa individu dalam video tersebut adalah bapa mertuanya dan meluahkan rasa sedih melihat dia diperlakukan sebegitu hanya kerana mencari rezeki.

- IKLAN -

Up bukan untuk mengaibkan, tapi sedih lihat pak mertua diperlakukan macam tu… cuma mencari rezeki.”

Rakaman ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang menyuarakan rasa simpati dan berharap agar peniaga kecil seperti ini diberikan lebih ruang untuk berniaga tanpa tekanan.

Petai bertaburan atas jalan

petai

Tak kurang juga yang memahami tugas yang perlu dijalankan pihak berkuasa demi menjaga peraturan. Namun situasi seperti ini mengundang rasa simpati ramai kerana ia melibatkan individu yang sudah berusia dan hanya mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

https://www.tiktok.com/@rachanshirosung/video/7484193305316592914?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Setakat ini, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian ini berlaku. Berdasarkan tanda pagar yang digunakan dalam hantaran, ada kemungkinan ia melibatkan pihak berkuasa tempatan (MPPD).

Sumber –OhMedia