“Norman masa tu dia taknak kawin dgn saya pun.. tapi tiba2 trkawin pula, brg jadi smpai 3ank..”

Pelakon popular, Abby Abadi tampil membuat pendedahan mengejutkan tentang bekas suaminya, Norman Hakim, yang didakwa tidak memainkan peranan sebagai bapa kepada anak-anak mereka selepas bercerai.

Menerusi video di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, berkata Norman langsung tidak mengambil tahu hal anak-anak, termasuk ketika mereka melakukan kesalahan.

Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat. Dia tidak pernah marah Marissa. Tak pernah pun Marissa itu kena tampar atau pukul, benda itu tidak berlaku.

“Jumpa pun macam orang luar” – Abby Abadi

VIDEO :

@candytabeaute_official Pengajaran daripada kisah Abby Abadi… #abby #kisahartismalaysia #kisahviral #marisadania #aslam #abbyabadi #fypage ♬ original sound – Candyta Beaute Official


Abby juga menjelaskan bahawa selepas mereka berpisah, anak-anak berada di bawah jagaannya sepenuhnya dan Norman tidak pernah hadir untuk mengambil tanggungjawab menjaga mereka.

Selepas bercerai, anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga. Datang jumpa pun macam orang luar.

Menurutnya, bila dia menegur anak mereka, Marissa Dania, gadis itu akan melarikan diri ke rumah Norman, yang dilihat seolah-olah melepaskan diri dari sebarang konflik.

- IKLAN -

Norman Hakim kahwin sebab terpaksa?

Abby turut mendakwa perkahwinannya dahulu bersama Norman bukanlah atas dasar cinta, malah mungkin berlaku kerana ‘terpatah hati dengan orang lain’.

Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tidak sengaja. Ketika itu dia frust dengan orang lain tapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya.

Menurut Abby, mereka hanya berkahwin selama enam hingga tujuh tahun, namun hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Perpisahan bukan alasan untuk abaikan tanggungjawab sebagai ibu atau bapa. Anak-anak perlukan kedua-dua belah pihak, bukan hanya kasih sayang sebelah pihak sahaja.

Kredit: TikTok