[Video] Seram, kedua-dua taknak kalah, Polis lerai penyokong JDT, Sri Pahang bergaduh

KEHANGATAN tercetus di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) apabila berlaku pergaduhan antara kumpulan penyokong sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.

Salah faham yang berlaku beberapa jam sebelum pertembungan cukup dinantikan itu difahamkan berlaku apabila peminat Harimau Selatan bertegang urat dengan sebahagian kecil penyokong Tok Gajah.

VIDEO  :

@kosmoonline Kemeriahan final Piala Malaysia antara JDT dan Sri Pahang di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dicemari oleh insiden pergaduhan penyokong di hadapan Axiana Arena. Bagaimanapun pihak berkuasa bertindak pantas untuk meleraikan insiden sebelum bertambah buruk. #stadiumbukitjalil #sripahang #jdt ♬ suara asli – Kara Fvnky – Zainal


Namun, kehangatan di perkarangan venue perlawanan bertukar cemas apabila kelihatan kon trafik dan suar dilontarkan selain berlakunya insiden tumbuk menumbuk antara satu sama lain.

Pertelingkahan akhirnya dapat direlakan dengan kehadiran pihak polis dan petugas keselamatan dengan tiada sebarang individu terlibat ditahan.

- IKLAN -

Situasi itu sudah tentu tidak mahu tercetus ketika perlawanan kerana ia dapat mencalarkan prestij arena bola sepak tempatan selain mendatangkan kecederaan terhadap individu tidak bernasib baik.

Sumber — Majoriti

LINK VIDEO – Youtube