[Video] Macam mana pula dengan nasib keluarga saya ? -Anak Mangsa

Tindakan seorang pemandu Nissan Navara yang tular selepas terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kecederaan terhadap sepasang suami isteri di Lebuhraya Utara–Selatan, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Jurujual aksesori kereta, K Darmaraju, 32, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, iaitu 11 Mei lalu. Kesalahan yang dilakukan juga akan direkodkan dalam lesen memandunya, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 12 bulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna hitam secara melulu di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menghala ke pusat bandar sebelum Plaza Tol Duta, pada jam 2.30 petang, 10 Mei lalu.

- IKLAN -

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan. Ia turut memperuntukkan kehilangan kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun serta pembatalan lesen percubaan.

Menurut fakta kes, semasa kedua-dua mangsa sedang menunggang motosikal, kenderaan yang dipandu tertuduh memotong secara tidak selamat sebelum melanggar motosikal tersebut dan meninggalkan lokasi tanpa berhenti.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah.

- IKLAN -

[Video] Macam mana pula dengan nasib keluarga saya ? -Anak Mangsa

@ohbulanofficial Replying to @MEGAT🔥 Menurut beliau, suspek kes Navara tersebut ada buat rayuan untuk meringankan hukumannya. 🏛️#ohbulan #fyp #news #terkini #kes #navara #respons #anak #mangsa #ringankan #hukuman ♬ original sound – OHBULAN!