“Emosi anak ini tercalar teruk.. guru itu hndaklah..”- Lelaki tampil sekolahkan guru yang herdik pelajar

Baru-baru ini, tular satu video seorang murid sekolah didakwa telah ditengking oleh beberapa orang guru sehinggakan murid tersebut menangis teresak-esak. Malah di dalam video tersebut, ibu kepada murid itu menyatakan bahawa anaknya sudah sebulan tidak ke sekolah dan kini dalam proses berpindah.

Berdasarkan kronologi yang dikongsikan pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh, murid tersebut dipaksa mengaku untuk mengatakan sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh cikgunya.

Hanya kerana peristiwa seminit, terbunuh jiwa seorang murid. 😢.
Awas, panjang❗❗❗
Kronologi :
* Tular hari ini video seorang murid dimarahi beberapa guru di kantin sekolah. Menangis teresak-esak muridnya.
* Dalam video itu, murid ini dipaksa mengaku ‘Cikgu tak buat’ dan ‘jangan menipu, nanti mak awak serang cikgu lagi’.
* Mungkin pernah cikgu kena serang dengan ibu ini asbab anak mengadu sesuatu yang cikgu tak buat sebelum ini. Mungkinlah begitu.
* Jadi cikgu ambil video sebagai bahan bukti untuk mengatakan dia tidak bersalah. Video kemudian dihantar kepada ibu murid tersebut. Ada beberapa benda yang tidak professional dilakukan sepanjang kejadian.
1. Pertama sekali, sangat tidak professional memanggil murid ditempat terbuka dan marah serta tengking.
2. Kedua, bergabung dengan cikgu lain untuk marah anak ini. Orang dewasa beramai-ramai menekan emosi anak kecil usia 9 tahun.
3. Ketiga, merakam video murid tanpa kebenaran. Apa lagi video negatif, memalukan, dimarahi, sedang menangis. Kemudian hantar pula kat parent.
4. Tiga perkara yang sangat tidak professional berlaku semasa kejadian. Yang mana tak sepatutnya berlaku.
5. Patut panggil murid ke meja guru, jelaskan apa yang betul, apa yang salah. Bukan di tempat umum. Dan tak perlu serang beramai-ramai. Jika ada beberapa guru tak puas hati, seorang demi seorang panggil dan bercakap one by one.
6. Impak besar dapat dilihat bila emosi anak ini tercalar teruk. Dia berkata,
“Tak apalah cikgu marah. Tapi tangan tu”
Cara cikgu tunding tangan itu menghiris emosi anak ini. Biadab dan sangat kurang ajar baginya. Dia sangat terkesan bila jari ditunding bertalu-talu atas muka dia.
7. Paling aku sedih, bila anak itu cakap, “Lisa tak suka BM. Sebelum ni suka”.
Part ini membunuh minat murid. Yang membunuh minat itu pula datang dari guru sendiri. Ini sangat menyedihkan. Sepatutnya para guru bersungguh-sungguh menarik minat murid dalam subjek yang mereka ajar. Bukan guru jadi punca murid benci subjek itu.
8. Lisa juga dikatakan tidak pergi ke sekolah selama sebulan akibat trauma, takut, malu dan benci dengan perlakuan guru. Dan katanya ibu dia dah uruskan pindah sekolah.
9. Sekolah patut menjadi kawasan selamat dan seronok kepada murid-murid. Berjayalah sekolah dan guru jika murid tak sabar-sabar nak ke sekolah.
10. Bila masa cuti panjang murid merungut, ‘Alaa, lambatnya sekolah nak buka. Tak sabar nak ke sekolah’. Jika murid berkata demikian, ia adalah pentada seluruh warga sekolah berjaya memenangi hati murid. Jika disebabkan guru murid tak nak ke sekolah, itu satu kegagalan.
11. Murid ini penuh potensi. Tahun lepas terima Anugerah Lonjakan Saujana. Satu anugerah yang membanggakan ibubapa dan menyuntik semangat baru dalam diri anak itu. Dan kini, piala itu tidak lagi memberi apa-apa makna padanya. Tidak lagi membuatkan anak itu bersemangat. 😢
12. Apa pun, side guru kita tak dengar lagi. Perlu ada pencerahan dari pihak guru juga. Namun kesimpulan awalnya melalui bukti video itu, beberapa perkara yang tidak professional telah berlaku. Emosi murid rosak teruk. Murid benci pada subjek yang diajar oleh guru itu. Murid hilang semangat untuk ke sekolah.
13. Tindakan paling tepat parent itu buat adalah dengan menukarkan sekolah anaknya. Itu tindakan tepat. Kalau masih di sekolah sama, trauma itu selamanya takkan hilang.
14. Bukan nak manjakan budak. Bukan nak suruh peluk belai waima mereka buat silap. Namun jika salah, tegur dengan baik. Budak tu akal tak sempurna lagi. Baru 9 tahun usia.
15. Guru adalah satu profesion pekerjaan yang professional. Kena jaga professionaliti kerjaya kita. Guru-guru juga belajar pedagogi pembelajaran. Bagaimana nak tackle hati murid, bagaimana nak hadapi murid yang malas, yang melawan, yang bermasalah. Gunakan ilmu pedagogi itu dengan betul.
16. Jangan guna alasan ‘tak berkat lawan guru’ untuk membetulkan benda salah. Tak boleh nak berlindung disebalik keberkatan jika tindakan yang dilakukan itu melampau batas.
17. Kisah ini tular dengan cepat kerana dekat dengan hati masyarakat. Hampir semua orang ada anak. Mereka akan relate dengan anak mereka. ‘Jika anak aku diperlakukan begitu, apa aku rasa’. Kaum ibu memang pantang bab macam ni. Apatah lagi melihat anak dimarahi sebegitu rupa.
18. Maka kesempatan dari kes ini, banyak komen-komen yang merendahkan profesion guru seluruh negara. Yang dah lama dendam, ada kisah silam, pakat timbuk dan menghina, mengata, mengutuk dan merendah-rendahkan profesion mulia ini.
19. Nak orang hormati profesion kita, kita dulu kena tunjukkan peribadi mulia dan perlakuan baik. Hormat tidak boleh dibeli, ia datang dengan sendiri melihat layanan yang diberi.
20. Apa pun, harap kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Ibubapa dan guru tidak sepatutnya bermasam muka. Guru itu ibarat ibubapa kedua kepada anak-anak kita. Selesaikan apa jua perselisihan dengan matang.
Begitulah.
#MFS

- IKLAN -

Malah dikatakan dalam video itu, cikgu tersebut bergabung dengan guru-guru lain untuk ‘menekan’ murid itu.

Isu yang tular ini sekaligus mengundang kemarahan orang ramai, bahkan berdasarkan ruangan komen di perkongsian asal ibu pelajar tersebut, Nur Mustika Kamaruz Zaman di Instagram, ada individu yang berkerja sebagai guru sendiri tidak bersetuju dengan kelakuan cikgu-cikgu murid berkenaan.

“Saya cikgu. Ya Allah kenapa sampai macam ni? Sis pergi ke sekolah and terus jumpa GB. Jika tiada tindakan terus ke PPD dan bagitau nak buat SISPA dan nak buat report polis kerana harassing anak. Walaupun saya cikgu tapi saya tak support tindakan ni.” – Netizen

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mustika (@must1ka5)