Tak mengamuk langsung Sajat tapi apa yang dia cakap ada betulnya jugak

Tular rakaman video murid perempuan ditengking guru, Sajat luah rasa bengang terhadap perkara yang dihadapi anak saudaranya itu

Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Sajat meluahkan rasa kecewa dan bengangnya terhadap tindakan guru berkenaan terhadap murid perempuan terbabit.

“Mana Guru Besar? Sampai budak tu kena pindah sekolah, kalau budak kena pindah sekolah maknanya you yang ada masalah.

“Itu bukan lawan kau cikgu, ni lawan kau tu mak dia tu lawan kau, kau jangan nak macam tu, kalau kau nak record meh sini record dengan aku sekali, puas hati,” katanya.

- IKLAN -

Dedah kanak-kanak terbabit miliki keluarga yang kurang sempurna

Tambah Sajat, anak saudaranya itu turut dikatakan tidak mempunyai keluarga yang sempurna di mana dia dibesarkan tanpa mendapat kasih sayang daripada seorang bapa.

“Sampai anak buah I kata kalau budak-budak lain tak ada dia nak marah macamtu, kalau time dia kena marah macam berlebihan.

“Janganlah buat macamtu, I tahu anak buah I tu dia macam mana, dia ada masalah keluarga yang tak sempurna, tiada ayah hanya bergantung kepada ibu sahaja.

- IKLAN -

“Bila you buat macamtu, apa dia rasa you faham tak maksud I, sedih tau, Lisa tu tak pernah rasa kasih sayang daripada seorang ayah, you buat macamtu mestilah dia akan sedih,” ujarnya.

 

@nursajatkz #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound – nursajatkz

Murid perempuan itu kini dikatakan trauma untuk ke sekolah

Terdahulu, video rakaman yang tular tersebut telah dimuat naik oleh ibu kanak-kanak terbabit, Mustika di laman Instagram miliknya.

Mustika meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan guru berkenaan yang menyebabkan sehingga anaknya trauma mahu ke sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mustika (@must1ka5)