KPM Ambil Tindakan Tegas, Cikgu Wanita Kes ‘CCTV & Wiring’ Direhatkan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memaklumkan bahawa siasatan kini sedang dijalankan secara rasmi.

Kecoh satu Malaysia apabila tular perbualan tidak senonoh seorang cikgu wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Terbaru! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak pantas dengan menggantung tugas cikgu tersebut buat sementara waktu.

Siasatan dijalankan terhadap cikgu viral

Lapor Malaysia Gazette, perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memaklumkan bahawa siasatan kini sedang dijalankan secara rasmi.

Menurut beliau, KPM memandang serius isu berkaitan integriti dan akhlak pendidik kerana ia mencemarkan imej profesion perguruan yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

- IKLAN -

Saya ingin berikan jaminan apabila yang dikaitkan dengan integriti guru dan akhlak, KPM ambil serius, baik yang dilakukan secara rasmi, perkara ini dalam siasatan dan kita mengambil tanggungjawab penuh untuk pastikan guru-guru kita ini mematuhi semua integriti dan etika perguruan yang kita tetapkan oleh KPM.

Direhatkan daripada mengajar, tapi masih bertugas sebagai kakitangan awam

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata guru berkenaan telah direhatkan daripada mengajar bagi memastikan siasatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Namun begitu, guru itu masih bertugas sebagai kakitangan awam dalam kapasiti lain sementara menunggu hasil siasatan.

Kredit: Malaysia Gazette

- IKLAN -