Kos Suntikan RM1,500 Setiap Kali, Nor Azifah Tetap Kuat Lawan Kanser Payudara Tahap 3

Dalam diam, ramai wanita sedang berjuang dengan ujian berat yang tidak terlihat oleh mata kasar. Kisah Nor Azifah yang kini menghadapi kanser payudara tahap tiga dengan kos rawatan mencecah RM1,500 untuk setiap suntikan, menjadi bukti betapa kuatnya seorang wanita dalam melawan penyakit. Meskipun dugaan itu berat, Nor Azifah terus gigih, cekal, dan optimis demi kesihatan serta keluarganya yang tercinta.

“Saya tak boleh menyerah. Kos memang tinggi, tapi saya percaya Allah akan bantu. Demi keluarga, saya harus terus kuat,” katanya penuh semangat.

Dua tahun menghidap kanser payudara tidak menghalang pelakon Nor Azifah untuk terus kekal aktif dalam bidang lakonan.

Kata Azifah atau Nor Azifah Abidin, 61, dia tidak boleh hanya duduk diam di rumah kerana akan membuatkan dia tidak bersemangat untuk melawan penyakit tersebut.

“Alhamdulillah sehingga kini saya masih menerima tawaran berlakon, malah sewaktu menjalani rawatan kemoterapi pun saya tetap berlakon juga.

- IKLAN -

Azifah disahkan menghidap kanser payudara pada Julai 2023.

“Saya rasa kalau hanya duduk di rumah membuatkan saya lebih down (tidak bersemangat) dan rasa seperti terlalu sakit.

“Buat masa ini, kalau ikutkan saya tak pernah melayan rasa sakit. Saya cuba lawan penyakit ini. Saya masih lagi aktif berlakon dan menyertai aktiviti-aktiviti badan kebajikan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azifah memberitahu dia kini masih meneruskan rawatan dengan mengambil suntikan herceptin pada setiap tiga minggu di Hospital Kuala Lumpur.

Kongsi Azifah, dia juga perlu menanggung pembiayaan sebanyak RM1,500 bagi setiap suntikan diterima.

“Kalau ikutkan rawatan herceptin ini memang agak mahal, sekali suntikan mencecah RM1,500. Saya gunakan wang simpanan setiap kali perlu menjalani rawatan itu.

“Walaupun rawatan dilakukan di hospital kerajaan tetapi bukan semuanya dibiayai secara penuh. Jadi saya perlu melunaskan sendiri bayaran tersebut.

Buat masa ini kalau ikutkan saya tak pernah layan rasa sakit, saya cuba lawan penyakit ini.

NOR AZIFAH ABIDIN

PELAKON

“Rawatan ini dilakukan setiap tiga minggu sekali. Sebenarnya agak membebankan saya juga tetapi saya akan buat apa yang termampu. Saya juga ada menerima bantuan seperti Baitulmal,” ujarnya.

Pelakon drama Syurga Noah ini bagaimanapun memberitahu dia bakal menjalani sekali lagi pemeriksaan mammogram bagi melihat perkembangan tentang sel kanser yang dihidapi.

Tambahnya, dia bersyukur kerana menerima sokongan daripada keluarga dan teman rapat yang tidak henti-henti memberikan semangat untuknya berjuang melawan penyakit tersebut.

Azifah sebelum ini menerima kunjungan daripada setiausaha politik Perdana Menteri (tengah).

“Ogos nanti saya akan lakukan prosedur mammogram semula untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar. Insya-Allah mudah-mudahan keputusannya baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah selain keluarga, kawan-kawan pun banyak memberikan sokongan. Bila lihat saya bersemangat, mereka pun tidak melayan saya seperti orang sedang sakit,” katanya.

Pada Julai 2023, Azifah disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan memberitahu dia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatan.

Semangat Nor Azifah patut dicontohi oleh kita semua. Di sebalik ujian besar, beliau terus kuat menghadapi realiti, memberi inspirasi buat setiap insan yang melalui ujian serupa. Sama-samalah kita doakan agar Nor Azifah dipermudahkan urusan rawatan, diberikan kesembuhan, dan terus menjadi contoh kekuatan dan ketabahan buat wanita di luar sana.

Kredit – mstar