“Kenapa pilih suami saya? Sebab dia ada kereta besar dan rumah ke?” -Madu
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi semula detik perkenalan dengan suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar dan memilih hidup bermadu.
Detik perkenalan Zarina, suami
Menerusi sesi temu bual di satu podcast bersama Sinar, Zarina atau nama Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, akui pada awalnya dia agak berat hati untuk menerima lamaran tersebut lebih-lebih apabila mengetahui lelaki itu berstatus suami orang.
Masa saya jumpa dengan suami, dia ajak kahwin tapi saya tolak sebab dia suami orang. Saya cakap saya tak nak kahwin dengan suami orang. Dia orang yang baik, dia cakap dekat saya ‘abang nak kahwin dengan Ina (nama panggilan Zarina) sebab abang nak orang hormat Ina.’
Ayat tu buat saya betul-betul terkesan. Masa tu saya fikir juga macam mana ni, sebab dia suami orang. Mak saya tak setuju masa tu sebab dia suami orang.
Namun, selepas membuat solat istikharah, dia menerima petunjuk dan akhirnya membawanya bertemu dengan madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
Saya cakap, kalau betul abang ikhlas bawa saya jumpa kakak (isteri pertama). Keesokan harinya dia terus bawa jumpa. Masa tu saya jumpa anak-anak dia, masih kecil dan terfikir tak akan aku nak ambil suami orang.
Masa tu hati saya pun berbolak-balik. Saya sebak sampai saya cakap, kalau ada lelaki lain yang baik, saya akan cari orang lain.
Dapat keizinan, restu isteri pertama
VIDEO :
@sinar_my Replying to @Norita “Abang nak kahwin dengan Ina sebab nak jadikan orang hormat Ina” Itulah antara kata-kata suami Zarina Zainuddin ketika ingin berkahwin dengannya. Bukan mudah untuk berkongsi kasih 🥺 #SINARKongsi #fypシ゚ #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp #BorakSelebriti #zarinazainuddin #selebritiMalaysia ♬ original sound – SINAR
Pelakon drama Rajuk Karina ini juga akui pada awalnya, madunya itu seakan tidak bersetuju dengan hubungan tersebut namun akhirnya memberi keizin kepada mereka untuk meneruskan perkahwinan.
Lepas tu akak (madu) cakap tak boleh ke awak buat macam abang angkat. Dia ada tanya saya, ‘Kenapa pilih suami saya? Sebab dia ada rumah dan kereta besar ke?’.
Kemudian saya cakap saya pernah jumpa orang yang lagi kaya, tapi saya tak pernah jumpa orang yang berjiwa besar dan sudi ambil saya jadi isteri. Suami saya betul-betul ikhlas.
Lepas tiga hari tu, madu saya telefon mak saya beritahu yang dia setuju. Dia izinkan tapi dia minta saya jaga maruah dia, sebab dia pun ada keluarga. Sebab itu lah, sampai sekarang saya pegang amanah tu. Saya faham, saya pun tumpang kasih sayang orang.
Zarina menyifatkan madunya dan suami insan yang sangat baik dan banyak membantu termasuk memberi tunjuk ajar dalam menguruskan hal perniagaan.
Sumber: Podcast Sinar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.