Peguam Kes Rasuah & Ebit Lew Kini Wakili Remaja Tertuduh Kes Zara Qairina?

1) Apa Yang Berlaku

Prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu pagi ini menjadi tumpuan apabila peguam terkenal, Datuk Ram Singh, hadir mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa berkaitan kes buli sehingga membawa kepada kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Sekitar jam 9.05 pagi, Ram Singh dilihat memasuki kompleks mahkamah, manakala kenderaan membawa lima remaja terbabit tiba dengan kawalan ketat polis termasuk anggota bersenjata.


2) Suasana Tegang Di Kompleks Mahkamah

Kredit gambar: Berita Harian

Seawal jam 7 pagi, kawalan keselamatan diperketat dengan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ketat di pintu masuk utama.

- IKLAN -

Media serta orang awam diarahkan menjauhi kawasan perbicaraan apabila prosiding bermula sekitar 9.30 pagi. Suasana tegang jelas terasa apabila perkarangan mahkamah dipenuhi anggota polis.


3) Peranan Peguam Keluarga Mangsa

Pasukan guaman keluarga Zara yang diketuai Hamid Ismail turut hadir sebagai pemerhati.

Mereka memohon mahkamah mengeluarkan gag order (perintah larangan bersuara) agar semua pihak tidak membuat kenyataan terbuka demi menjaga kerahsiaan dan sensitiviti kes.

- IKLAN -

Sementara itu, ibu Zara, Noraidah Lamat, merayu agar saksi tampil memberi keterangan demi keadilan untuk anaknya.


4) Rekod Guaman Datuk Ram Singh

Kredit gambar: Malay Mail

Kehadiran Ram Singh menarik perhatian kerana beliau dikenali sebagai peguam berprofil tinggi di Sabah dengan deretan kes besar:

  • Kes pembunuhan Nur Afiyah Daeng Damin (2025): Membela Mohammad Ambree Yunos, yang dihukum penjara 34 tahun bersama bekas isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen (bekas finalis MasterChef).

  • Kes rasuah dua ADUN Sabah (2025): Mewakili Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) & Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu).

  • Kes Ebit Lew (2021–kini): Sebahagian daripada pasukan pembela dalam perbicaraan di Tenom.

Kredit gambar: Utusan Malaysia


5) Penafian Pihak Polis

Setakat kenyataan rasmi terkini, PDRM menafikan penglibatan anak mana-mana VIP dalam kes Zara Qairina. Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.


6) Nota

Kes Zara Qairina kekal sebagai perhatian nasional, dengan prosiding hari ini membuka lembaran baharu dalam mencari kebenaran dan keadilan untuk arwah.
Cerita, Tanpa Cerita-Cerita.

Sumber – thereporter.my