FAQ – Kenapa peguam Semenanjung tak boleh wakili kes Zara di Sabah?

1) Apa Yang Berlaku

Prosiding kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, hari ini menarik perhatian seluruh negara. Dalam masa sama, timbul persoalan mengapa peguam terkenal dari Semenanjung tidak boleh terlibat dalam kes tersebut.

Ramai warganet menyeru supaya Dato’ Ahmad Zaharil, yang dikenali sebagai peguam rakyat, tampil mewakili keluarga arwah. Namun, beliau sendiri tampil menjelaskan perkara sebenar.


2) Peguam Semenanjung Tidak Dibenar Wakili Di Sabah & Sarawak

Menurut Dato’ Ahmad Zaharil, peguam dari Semenanjung Malaysia tidak dibenarkan beramal di Sabah dan Sarawak kecuali dengan pengecualian khas daripada Hakim Besar Borneo.

@nazz_phg #JusticeForZara #zaraqairina #fyp #fypviral #datozaharil #datoahmadzaharil #peguamdatukahmadzaharil ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Beliau menjelaskan, undang-undang Malaysia memperuntukkan hanya peguam berdaftar di Sabah dan Sarawak sahaja boleh mewakili anak guam di mahkamah negeri berkenaan.

- IKLAN -

“Pengamal undang-undang dari Sabah dan Sarawak boleh beramal di Semenanjung, tetapi peguam dari Semenanjung tidak boleh beramal di Sabah dan Sarawak tanpa pengecualian khas,” katanya dalam satu hantaran video di TikTok.


3) Siapa Wakili Tertuduh & Keluarga Zara?

Setakat ini, peguam terkenal Sabah, Datuk Ram Singh, hadir mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh dalam kes buli melibatkan kematian Zara. Ram Singh sebelum ini dikenali kerana mengendalikan kes-kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah ADUN Sabah dan perbicaraan pendakwah Ebit Lew.

Manakala pihak keluarga Zara Qairina pula diwakili oleh Hamid Ismail, peguam tempatan yang bertindak sebagai pemerhati sepanjang prosiding.


4) Fakta Penting Buat Orang Ramai

Penjelasan ini sekali gus menutup spekulasi mengapa nama-nama besar peguam Semenanjung tidak kelihatan dalam prosiding kes Zara. Undang-undang perundangan dua wilayah ini berbeza, dan hanya peguam Sabah Sarawak boleh terus mengendalikan kes kecuali jika Hakim Besar memberikan kelulusan khas.


5) Nota

Kes Zara Qairina terus menjadi perhatian rakyat Malaysia. Selain prosiding mahkamah, perbincangan hangat di media sosial kini turut tertumpu kepada isu perundangan dan bidang kuasa yang mengehadkan siapa yang boleh tampil dalam kes ini.

Cerita, Tanpa Cerita-Cerita.