Amira Othman Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri: “Saya Tiada Masalah”

Penyanyi dan pelakon Amira Othman tidak melihat status sebagai ibu tiri sesuatu yang membebankan, sebaliknya menganggapnya sebagai lumrah dalam kehidupan berumah tangga. Amira yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular Fattah Amin, yang memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya, menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menerima segala keadaan yang datang bersama peranan barunya.

VIDEO :

@ohbulanofficial Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲 #ohbulan #amiraothman #fattahamin #ibutiri ♬ original sound – OHBULAN!

@ohbulanofficial Penyanyi Amira Othman bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada Nur Fatima Aisya yang merupakan anak kepada suaminya yang juga aktor, Fattah Amin. #ohbulan #fyp #amiraothman #fatima ♬ original sound – OHBULAN!

Menurut Amira, siapa pun yang dipilih sebagai pasangan hidup, termasuk latar belakang dan keadaan mereka, perlu diterima seadanya. Dalam perkahwinannya dengan Fattah, dia menghargai bahawa dirinya diterima dalam apa jua situasi walaupun dia sendiri tidak mempunyai anak. Sebaliknya, dia juga sedia menerima segala tanggungjawab termasuk menjadi ibu tiri yang baik. Amira berkata, “Bagi saya tidak ada masalah sebab itu adalah lumrah. Saya pun bukannya tak biasa dengan kanak-kanak dan harapnya semua baik-baik saja.”

- IKLAN -

Amira juga mengakui bahawa memasuki fasa baru sebagai seorang isteri adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang besar. Namun, dia percaya bahawa fasa itu adalah sesuatu yang dilalui oleh semua orang dalam kehidupan. Mengenai kesiapsiagaan mengemudi peranan tersebut, Amira berkata, “Kalau orang tanya ready ke tak ready ke, saya sendiri pun tiada jawapan itu. Tapi apa yang pasti setiap fasa itu harus kita jalani dengan baik supaya saya boleh menjadi isteri yang baik.”

Majlis pernikahan Amira dan Fattah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Sepang, Selangor dihadiri keluarga dan sahabat handai. Majlis akad nikah disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0, menjadikan detik bahagia ini dapat dikongsi oleh peminat dan khalayak ramai.

Selain itu, bagi peminat yang ingin mengikuti perjalanan hidup baru pasangan ini, sebuah program dokumentari bertajuk “Setulus Takdir: Fattah Amira” akan mula disiarkan setiap Jumaat mulai 19 September di saluran Inspirasi, Unifi TV. Program ini memaparkan detik-detik penting perjalanan mereka sebagai suami isteri termasuk momen akad nikah, bulan madu dan pelbagai aktiviti kebajikan.

Fattah Amin sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres Fazura dan dikurniakan seorang anak perempuan. Perkahwinan tersebut berakhir pada Oktober tahun lalu. Kini, dengan perkahwinan baru ini, Amira menempuh kehidupan baru sebagai isteri dan ibu tiri, sambil mengharapkan agar semua dapat berjalan dengan baik dan penuh keberkatan.

Kredit – Tiktok Ohbulan, MStar