“Sanggup asingkan barang” – Mangsa Banjir Di PPS Dakwa Tok Penghulu Catu Barang Bantuan Khairul Aming?

Semua sedia maklum, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming antara yang dilihat ‘turun padang’ menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di Kelantan.

Khairul Aming turut membentuk pasukan sukarelawannya untuk mengagihkan makanan, pakaian serta banyak lagi agar bantuan tersebut sampai ke tangan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Barang bantuan Khairul Aming tidak diagihkan dengan betul?

Pun begitu, tular satu dakwaan oleh seorang mangsa banjir di salah sebuah PPS yang terletak di Tumpat, meluahkan rasa kecewa apabila barang bantuan dari pempengaruh itu tidak diagihkan dengan betul.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, mangsa banjir menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan barang bantuan tersebut telah menyalahgunakan amanah itu dengan membahagikan agihan secara tidak adil.

- IKLAN -

Katanya, barang bantuan tersebut sememangnya banyak namun mangsa-mangsa banjir di situ tidak mendapat barangan sepatutnya.

@user34417455075593 MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming ♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

“Banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja. Memang teruk ketua kampung sini.

“Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja. Dorang sanggup asingkan barang-barang seperti dalam video.

“Saya dah bertanya kepada tok penghulu tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawah dia jadi sesuka hati dia nak buat macam mana,” katanya.

Katanya, pengadu sudah cuba berunding dengan tok penghulu terbabit namun dimarahi pula kerana menyuarakan isu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa di PPS masing-masing. Ada yang mempertahankan tindakan tok penghulu itu mengasingkan semula barangan kerana mungkin tidak cukup untuk diagihkan kepada semua mangsa yang terlibat.

Jelas pengadu, dia menyuarakan isu ini kerana mahu menegakkan keadilan dan tidak mahu perkara sebegini berulang lagi.

Harap isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik…

Menurut beliau, pihak berkenaan boleh mengemukakan bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika betul ada dakwaan seperti itu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan penghulu di kawasan terbabit telah mengasingkan dan mencatu bantuan yang diberikan oleh pihak Khairul Aming di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tumpat.

Perkara itu sudah tentu mengundang kemarahan orang ramai kerana merasakan penghulu terbabit menggunakan kuasa dengan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan mangsa banjir yang sangat memerlukan ketika ini.

Sementara itu, Khairul Aming meminta pihak berkenaan untuk membuat laporan polis sekiranya wujud Ahli Jawatankuasa (AJK) catu barang bantuan yang diberi selain menyatakan tidak dapat masuk campur berkenaan isu tersebut kerana tidak mengetahui kesahihan perkara itu.

Sumber: TikTok dan Lobak Merah