“Aku Join Sebab Duit, Dia Bagi RM100…” – Ahli Kelab Old Money Dakwa Dibayar Andika Putera

Baru-baru ini, tular di media sosial di mana pempengaruh serta usahawan, Andika Putera dilihat menjalankan sebuah kumpulan dipanggil Old Money Club.

Kumpulan itu dilihat, memakai pakaian serta fesyen yang melambangkan kekayaan seperti seluar slack dan kemeja selain berkumpul bersama untuk sesi perkongsian.

Movement itu mendapat kecaman hebat daripada netizen yang merasakan ‘old money‘ bukanlah sebuah cara berfesyen sebaliknya individu yang mendapat harta turun-temurun.

Terbaru, dalam satu perkongsian anonymous di laman aplikasi X, seorang individu mendedahkan bahawa dia dibayar RM100 oleh Andika untuk menyertai kumpulan itu.

Dalam ciapan yang dikongsikan menerusi akaun NGL @meinmokthar itu, difahamkan Andika membayar RM100 setiap 10K likes yang diperolehinya di media sosial untuk video Old Money Club kepada mereka yang menyertai content tersebut.

Malah, individu berkenaan mededahkan setakat ini dia sudah memperoleh RM 2,000 daripada video yang tular itu.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan berkenaan pendedahan ini daripada Andika Putera.

Sumber: X

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.