” Alaa nampak mata Dekta berkaca. Sumpah aku nangis tengok Dekta.. ” – Netizen
Video Anak Arwah Siti Sarah Raissuddin, Talita Menyanyi Lagu Popular Ibunya, Kesetiaan Buat Ramai Tersentuh. Sedapnya Suara Dekta, Lenggok Suara Macam Ibu Sangat. Sebak Tengok Muka Dekta Masa Menyanyi Lagu Ni !!
Dzahira Talita Zahra satu-satunya anak perempuan peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin. Talita atau lebih mesra dengan gelaran Dekta anak sudahpun genap usianya 11 tahun dan membesar menjadi anak dara yang manis wajahnya dan lembut tutur katanya.
Sebagaimana arwah ibunya, Talita juga memiliki suara yang sedap didengar. Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Talita mendendangkan lagu hits ibunya berjudul Kesetiaan. Lagu ini antara lagu yang meninggalkan banyak memori dan menyentuh hati pendengar.
Mendengar suara Talita, ramai yang memberikan pujian. Suara yang merdu dan ada lenggok seperti Sarah, warganet mengatakan bakat Talita ini boleh terus diasah. Ada yang mengatakan Talita boleh menyanyi dengan baik cuma masih belum pandai dalam mengawal pernafasannya.
Walaupun warganet gembira mendengar suara Talita, ada juga yang tersentuh hati melihat reaksi wajah Talita. Mata Talita seakan berkaca-kaca dan ini membuatkan warganet sebak. Kerinduan Talita pada ibunya dizahirkan dalam nyanyiannya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah Suara Talita sama mcm ibu dia. Masyaallah… Good Job Talita. talita menzahirkan rindunya pada ibu menerusi lagu ibu. sedih dengar.. ”
” Alaa nampak mata dekta berkaca huhu.. Akak pun nak berkaca juga.. sebak sangat dengar suara dekta.. rindu tu sampai sayang.. semoga arwah ibu bersama para solihah.. syurga tertinggi buat ibumu.. ”
” Padamu ku alun kan rindu ku and her eyes.. sumpah aku nangis tengok dekta.. Auto sayu dengar dekta nyanyi.. ”
” Sedapnya suara Talita, suara ibu sangat. Talita mewarisi bakat arwah ibu dan nyanyi kan semula lagu2 hit arwah ibu ye nak ye.. ”
” Jadi mata masuk habuk pulak, teringat arwah Sarah.. Sedap suara dik ta. Mcm arwah Ibu suara dik ta.. ”
” Lenggok suara seiras arwah ibunye. Allahu dekta, tengok mata dekta tu buat aunty nangis.. mesti dekta rindu pada ibu.. ”
” Auto mata berkaca.. macam suara ibu lah dekta.. Suara dekta memang mcm ibu die, lemak, merdu, dengung dia tu… Berckp pn manja je.. ”
Bakat seni ibu mengalir dalam diri Talita dan suara itu mengamit ingatan warganet terhadap Siti Sarah. Lenggok suara yang sama dialunkan oleh Talita. Semoga Talita terus mengasah bakatnya itu dan menjadi seorang penyanyi yang hebat seperti ibu.
Sumber : IG Suciuwais
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.