‘Aliff Kata Dah Tak Ada Perasaan, Nak Cerai Februari Lalu’

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya Aliff Aziz pernah meluahkan hasrat untuk berpisah secara baik pada sekitar Februari lalu.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia terkejut dengan permintaan tersebut kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

“Pada 14 Februari Aliff meluahkan hasrat untuk bercerai sebab dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.

Bella berani lakukan pendedahan yang lama disimpan.

“Masa itu saya pelik kenapa tiba-tiba hendak cerai? Tiada angin, tiada ribut tapi Aliff kata Allah yang bagi perasaan itu,” katanya kepada mStar.

Bella mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K Town BBQ Bukit Jelutong pada petang Rabu.

Bella mendakwa ketika itu dia tidak mengetahui hubungan Aliff dan Ruhainies walaupun tingkah laku suaminya itu mula menunjukkan perubahan sejak menjalani penggambaran drama Terjerat.

Atas dasar masih sayangkan Aliff, dia merendahkan ego dan cuba memujuk Aliff menarik balik keputusannya untuk bercerai demi kebaikan anak-anak mereka.

“Masa itu saya tak tahu lagi tentang kewujudan Ruhainies, jadi saya merayu supaya dia kasihankan anak-anak.

“Saya pujuk Aliff sampai siap hantar video tapi dia kata sudah tak rasa apa-apa.

“Dia beritahu nak cerai pada 31 Mac iaitu selepas selesai penggambaran drama. Sekarang saya tahu semua ini rancangan Ruhainies,” ujarnya.

Kata Bella lagi, sepanjang tempoh menunggu itu dia cuba mencari petunjuk Allah SWT agar melindungi keluarga kecil mereka malah melakukan solat Istiqarah bagi mencari jawapan.

Inilah juga sebab dia tidak pulang ke rumah dan mahu bercerai.

BELLA ASTILLAH

PELAKON/PENYANYI

Namun dia tidak menyangka menerima khabar Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya, saya melalui setiap hari macam tiada semangat. Saya tertanya-tanya kenapa Aliff mahu ceraikan saya secara tiba-tiba.

“Sebelum itu kami gembira pergi bercuti ke Pulau Pinang, kenapa tiba-tiba? Saya buat solat Istiqarah dan Allah tunjukkan kes khalwat… Inilah jawapannya!

“Inilah juga sebab dia tidak pulang ke rumah dan mahu bercerai,” ujarnya.

Bella merayu Aliff fikirkan anak-anak.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok (Khamis) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*