” Allahu sebaknya ucapan Datin. Nampak dan terasa kejujuran itu.. ” – Netizen

Video Datin Marlia Musa Membuat Kejutan Sempena Hari Lahir Dato’ M. Nasir Di Rancangan MeleTOP Buat Ramai Tersentuh. Terkejut Dato’ M. Nasir Tiba-Tiba Isteri Muncul Bawa Kek. Sebak Dengar Kata-Kata Datin Marlia Untuk Dato’ M. Nasir !!

Meninjau di akaun Instagram milik MeleTOP telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ M, Nasir menjadi artis jemputan dalam rancangan tersebut pada minggu ini. Selain Dato’ M. Nasir, turut ada bersama adalah Faizal Tahir dan mereka bersama-sama berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru mereka berjudul Campak Bintang.

Menerusi video lain pula, memaparkan Dato’ M. Nasir menerima kejutan daripada isteri tersayang, Datin Marlia Musa yang tiba-tiba datang ke rancangan MeleTOP dengan membawa sebiji kek. Difahamkan kejutan yang dibuat oleh Datin Marlia dan pihak MeleTOP adalah sempena hari lahir Dato’ M. Nasir.

Kelihatan Dato’ M. Nasir seperti tidak sangka kehadiran Datin Marlia Setelah melihat kelibat isteri tersayang datang diiringi dengan lagu selamat hari lahir. Menerusi video tersebut, Datin Marlia turut memberikan ucapan istimewa khas buat Dato’ M. Nasir dan berharap semoga Dato’ M. Nasir akan terus bahagia bersamanya sehingga ke akhir hayat mereka.

Perkongsian video itu telah mengundang sebak daripada warganet. Ramai yang mengatakan tersentuh mendengar ucapan daripada Datin Marlia yang dikatakan begitu ikhlas dan tulus daripada hatinya. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

 

 

Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Dato’ M. Nasir dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Allahu sebaknya ucapan Datin. Nampak dan terasa kejujuran itu.. Happy birthday Dato’. Sweetnya Datin. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. “

” Selamat Hari Lahir Dato’. Semoga beroleh kesihatan yang baik dan sihat. Datin jua hendaknya.. Keluar air mata kita dengar ucapan Dati untuk Dato’.. “

” Tgok dato ni mcm garaggg sgt tak reti apepn.. Bile dh thu dia reti bckp sbenaye thu dh dia ni kelako.. Same laa mcm dato ramly ms tu.. Selamat hari lahir dato.. “

” Bersemut tengok pasangan ni.. Selamat hari lahir Dato’ M Nasir, semoga Dato’ terus diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama Datin selalu.. “

” Dalam sweet2, dengar Dato’ M. Nasir cakap terus rasa kelakar.. Pandai Datin buat kejotan untuk Dato’. Happy birthday Dato’ M. Nasir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.. “

” Aaaawwww sweett sangat lah.. Nabil pun suka menyakat.. Tersentuh dengar ucapan ikhlas daripada Datin untuk suami tersayang.. Selamat hari lahir Dato’ .. “

Siapa yang tidak sayangkan suami, setiap isteri pastinya akan berharap hubungan rumahtangga yang dibina bersama suami akan terus berkekalan bahagia sehingga ke akhir hayat. Apa-apa pun, selamat hari lahir buat Dato’ M. Nasir. Semoga Dato’ M. Nasir terus diberikan kesihatan yang baik, segala urusan dipermudahkan dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Sumber : IG MeleTOP

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.