Antara senarai selebriti lain yang menerima anugerah

Dua penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Suki Low, 35, dan Muzzammil Alias atau Waris, 36, dikurniakan anugerah kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Berita gembira ini dikongsikan mereka menerusi Instagram, hari ini.

Suki merakamkan penghargaan terhadap Tuanku Muhriz atas kurniaan ini.

“Patik menjunjung kasih Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan, sokongan dan kurniaan kepada patik sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

- IKLAN -

“Kurniaan ini patik terima dengan amanah dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

“Berkatlah Yang di-Pertuan Besar. Daulat Tuanku,” tulisnya.

Suki merakamkan penghargaan terhadap Tuanku Muhriz atas kurniaan yang diterima. – Foto IG Suki Low

 

Juara program realiti One In A Million musim pertama itu juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Jeremy Chong yang sentiasa mendukung dan merestui kerjayanya.

Sementara itu, Waris yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted dan Gadis Jolobu pula mendedikasikan anugerah kepada peminat.

“Untuk rakyat N9. Terima kasih menginspirasi. Terima kasih isteri, tulang rusuk saya.

“Dan seluruh keluarga Diraja Negeri Sembilan khususnya Tuanku Muhriz dan Tunku Zain yang sentiasa menyokong perjalanan muzik saya,” tulisnya yang turut melahirkan kesyukuran.

Bagaimanapun, mereka tidak menyebut atau memaklumkan anugerah kebesaran diterima dan gelaran diberikan.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, hari ini bagi sesi pertama, manakala sesi kedua (20 Januari) dan sesi ketiga (25 Januari).

Sumber- Berita Harian