5 beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa dilanggar pemandu mabvk

Lima beradik yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan bapa mereka meninggal dunia selepas dilanggar pemandu dipercayai mabuk dalam sebuah kejadian berlaku di Jalan Besar/ Jalan Mesjid, Pasir Gudang, di sini, semalam.

Anak kedua pasangan itu, Muhammad Ikmal Danish Abdullah, 15, berkata, ibu, Linda Mohd. A. Aziz, 35,  dan bapa, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, sempat menitipkan pesanan untuk menjaga adik-beradiknya yang lain  tiga hari sebelum kejadian.

 

Yatim piatu sekelip mata

Ujarnya, dia tidak menyangka pesanan itu merupakan satu petanda ibu bapa mereka akan pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

 

“Beberapa hari sebelum ini, ayah dan mak bagi amanah kepada saya jangan berpisah dengan adik-beradik walau jadi apa-apa pun jangan pisah. Jaga adik-adik,” katanya.

Dalam kejadian pukul 4 pagi tadi itu, pasangan suami isteri itu yang menaiki motosikal dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk.

 

Pasangan itu meninggalkan lima anak iaitu Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (orang kurang upaya); Muhammad Ikmal; Nur Shahkira Mohd Redzwan, 14; Nur Shahmira Mohd Redzwan, 12, dan Nur Aisyah Humairah Mohd Redzwan, 3.

 

Mengulas lanjut, Muhammad Ikmal Danish, ibunya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Johor Bahru selalu majikan beri makanan untuk sedekahkan kepada jiran-jiran kami.

“Jiran ada beritahu saya kali terakhir ibu hantar makanan, ibu pakai tudung, baju dan seluar semua serba putih,” katanya.

 

Bercerita lanjut, dia mendapat tahu tragedi yang menimpa ibu bapanya pada pukul 3 pagi selepas seorang rakannya datang ke rumah memaklumkan.

“Biasanya saya tidak terjaga malam tetapi pada hari kejadian jam 3 pagi saya terjaga, saya mencari ayah dan mak tiada. Ayah biasa pergi kerja sebagai pemandu lori pada waktu itu.
“Pada hari itu ayah menghantar ibu untuk bekerja di kedai makan di Johor Bahru. Saya tidak dapat tidur semula sebelum ada rakan yang ketuk pintu memaklumkan ayah kemalangan,” katanya lagi.

 

Susulan itu, nenek dan adiknya pergi ke lokasi kejadian sebelum memaklumkan kepadanya bapanya sudah meninggal dunia.

 

Selepas ini, mereka lima beradik akan dijaga datuk dan nenek sebelah bapa mereka, Ramlah Kasiran, 56, dan Mohd Rudi Abdul Rahman, 61

Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Faizal Hashim)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.