Beri isteri nafkah RM 500k, ini pekerjaan sebenar Prince Syed

Pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila ‘menayang’ nafkah wang tunai sebanyak RM500,000 kepada isterinya

Menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya, Prince Syed dilihat sedang membahagikan beberapa bungkusan duit sebelum menyerahkannya kepada isteri, Fatin Syazwani Ishak.

“Salam RM500,000. Cukuplah perbelanjaan buat isteri dan anak-anak untuk setahun. Setiap satu bungkusan ada RM50,000.

“Mencari rezeki halal untuk keluarga,” katanya.

Kalau korang masih berkira bagi nafkah RM50, Prince Syed pula siap tunjuk duit tunai RM500,000 khas untuk perbelanjaan harian isterinya, Fatin Syazwani. Katanya, itu cukup untuk beli takoyaki, waffle dan juga pad selama setahun!

Barang kemas, duit bertimbun, sampai tak menang tangan!

Bukan itu saja, Prince Syed juga menunjukkan beberapa barangan kemas yang dibeli buat isterinya itu. Menurutnya, kesemua barang kemas yang dibeli adalah asli dan bukan tiruan.

“Tengah mengira semua duit sampai tak menang tangan. Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London. Kita pula macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya,” katanya lagi.

Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, usahawan bisnes laksa tu siap tayang emas dan barang mewah yang katanya semua asli, bukan main-main nak show off kat media sosial.

- IKLAN -

Semuanya asli, bukan sekadar konten…

Syed juga tegaskan semua barangan kemas yang dia tayangkan tu memang betul-betul tulen. Bukan beli semata-mata nak kontenkan kehidupan mewah mereka di media sosial.

Bukan setakat sediakan duit dan barangan mewah, Syed juga sempat puji isterinya yang menurutnya makin cantik walaupun dah berusia, apatah lagi bila bergaya dengan jenama mewah.

Video :

Kredit: Facebook