“Orang tu dh tak ada nak ungkit benda lama.. sampai benda ni pun nak..” – Netlzen ‘Backup’ Ina.
Sejak berita pemergiannya, ramai mula berkongsi video lama Allahyarham Suhaimi Saad di platform TikTok terutamanya rakaman ketika dia membuat live dulu dulu.
Ada yang berkongsi video arwah memberi nasihat berkaitan agama, ada yang memuat naik semula video lamanya dengan keluarga dan macam-macam lagi.
Semalam, seorang individu memuat naik rakaman siaran langsung arwah bersama isterinya, Ina Naim suatu ketika dahulu dan ketika itu mereka sedang menceritakan tentang pertemuan dan jodoh.
Menerusi video itu, arwah mendedahkan bahawa sebenarnya Ina Naim yang meluahkan perasaan terhadapnya dahulu dan memuji isterinya ikhlas kerana tidak memandang pada harta semata-mata.
@masthuramdali1salam takziah buat Ina dan Anak2,last tengok live arwah asyik batuk2 dan nampak kurang sihat,semoga ditempat dengan org2 yang beriman Aaminn..♬ bunyi asal – moksu
Ramai warganet yang akui suka menonton siaran langsung arwah Suhaimi sebelum ini dan rata-ratanya berkata mereka terhibur dengan sisi lucu yang tidak diketahui ramai.
Ada yang turut memuji cara arwah mendidik Ina Naim menjadi isteri yang kuat serta tabah dan ia terbukti dengan reaksi tenang Ina ketika ditemu bual selepas kehilangan suami.
Bagaimanapun, komen seorang pengguna TikTok di video tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyelar kata-katanya terhadap arwah itu.
Menerusi komen tersebut, individu berkenaan mempersoalkan tentang hukum menolak vaksin dan mengaitkannya dengan kematian arwah.
Kesian anak bini yang masih merangkak. Tanggungjawab pun belum selesai.
Komen tersebut mengundang respon ramai warganet yang mengkritik individu itu kerana mempertikaikan tentang ajal maut seseorang.
Ada yang turut sindir individu itu mana pula dia tahu bahawa arwah tidak meninggalkan apa-apa untuk isteri dan anak-anaknya.
Awak hidup lagi sekarang ni sebab ambil vaksin ke? Ingat ajak maut semuanya dari Allah SWT.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.