“Dia curang hak dia, janji geran nama saya..” Tindakan Kieda Crepe buat suami menangis
Usahawan makanan, Kieda Crepe hadiahkan suami kereta idaman apabila memuat naik momen sewaktu membuat kejutan kepada lelaki itu di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian Kieda atau nama sebenarnya, Nur Khalieda Yusra, dia telah memberikan kejutan kepada suami, Muhammad Hilmi Mohd Zaki dengan memberikan sebuah kereta mewah bersempena dengan hari lahirnya.
Suami ada dikala semua mengeji
Menurut usahawan yang kerap dilanda kontroversi berkenaan, suaminya adalah insan yang sentiasa berada bersama diwaktu suka dan duka.
“Terima kasih tak pernah langsung keji Kieda even satu Malaysia mengecam Kieda sampai sekarang walaupun takda punca. Terima kasih jadi tulang belakang kieda , supporter yang kuat untuk kieda terus melangkah,” tulisnya.
@kiedacrepepenang Selamat hari lahir @AMY KIEDA MERCHANDISE , terima kasih tak pernah langsung keji kieda even satu malaysia mengecam kieda sampai sekarang walaupun takda punca 😂 Terima kasih jadi tulang belakang kieda , supporter yang kuat untuk kieda terus melangkah. Suami yang baik adalah suami yang selalu memberi nasihat kepada isteri. Yaa , kamu suami yang patut saya hargai 🫂 Minta maaf lewat bagi hadiah , Allah uji saya hilang barang yang saya sayang. Tapi Allah gantikan dengan kenderaan yang kamu minat 🩵 Tak lupa juga , terima kasih @SA Autoworld 🫵🏻 urusan semua ni. Dari deal beli kereta sampai delivery kereta semua terbaik. Semoga Allah memperluaskan lagi rezeki anak bangsaku . Terima kasih layan kieda dgn baik even waktu kieda p beli kereta ni cuma naik moto dan berpakaian biasa biasa . Terima kasih tak select! Kamu layak untuk lebih maju jaya 🤲🏻 Syukur Alhamdulillah .. Rezeki Allah bagi Pinjaman di Dunia.. #fl5 #fl5typer ♬ YangTerindah – Ika ᥫ᭡
Kieda Crepe hadiahkan suami kereta impian lelaki itu
Kieada dilihat menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda berwarna biru dan diletakkan di atas sebuah lori yang dihias bersama belon-belon.
Momen bahagia buat pasangan suami isteri itu turut disaksikan staf-staf yang bekerja dengan mereka disamping kehadiran ahli keluarga masing-masing.
Kieda Crepe hadiahkan suami, ada netizen yang nak buat hal yang sama kepada pasangan
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang akui tumpang gembira melihat momen bahagia berkenaan.
Ada juga antara mereka berniat sama seperti Kieda yang mahu menghadiahkan pasangan masing-masing kenderaan impian bersempena hari lahir jika mempunyai rezeki lebih.
Nak curang dia punya hal, janji kereta letak nama isteri
Ramai yang nak beri hadiah kepada suami masing2
Suami dia orangnya baik, cakap pun humble
Ingat pengorbanan suami Kieda yang sentiasa support isteri
Terdahulu, Kieda Crepe telah menerima banyak persoalan berhubung tindakannya yang melebarkan perniagaan dengan menjual baju pula selepas kedai makanan miliknya viral.
Walau bagaimanapun, dia telah mendapat banyak kritikan di media sosial berhubung baju yang dijual kerana menggunakan namanya sendiri sehingga ada yang menyangka ia dicetak untuk diedarkan kepada staf di kedainya sahaja.
Sumber: TikTok kiedacrepepenang
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.